09 August 2014

Rakaman Respons Nik Aziz bukti Geng Bas Sekolah tipu guna Majlis Syura Ulamak PAS?

RAKAMAN KENYATAAN MURSYIDUL AM PAS, DATUK BENTARA SETIA TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT, MENGENAI ISU POLITIK SELANGOR DI DALAM SIDANG MEDIA DI KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR DI KOTA BHARU, KELANTAN, PADA 7 OGOS 2014

PADA MINIT KE 0:20:
Petang kelmarin Mesyuarat Syura, saya menjadi pengerusi sekejap, dalam tak sampai setengah jam lari tubik, kerana berasa sekak, alhamdulillah hari ni segar balik.

PADA MINIT KE 2:12:
Saya hadir sekejap je, belum sampai keputusan dah keluar, jadi kaedah mesyuarat ni ada jurucakap dia, saya tak boleh jadi jurucakap, ada setiausaha dia, dia setiausaha tu pergi ke rumah saya belum waktu maghrib, lepas pada maghrib dia naik ke rumah saya, terang pada saya keputusannya, saya tak boleh sebutlah hari ni, kena disebut oleh setiausaha mesyuarat, jaga peraturan, tak boleh tiap-tiap orang bercakap saja, walaupun langit terbuka, bumi pun terbuka sekarang ni, tapi kita ada peraturan, ada nizam.

PADA MINIT KE 4:47
Politik Selangor tu, saya sebut dah hari tu, Kelantan lagi saya beri kepada orang lain, usahkan nak ganggu Selangor pula, Kelantan yang saya buat semacam anak, negeri Kelantan saya jaga macam jaga anak, pun saya beri kepada orang lain, kerana letih, ini nak jaga Selangor buat apa, pandailah orang Selangor buat.

PADA MINIT KE 5:33
Saya ulangi, kenyataan saya di Selangor saya tak boleh buat.

RUMUSAN

Sidang Media TGNA

Isu MB Selangor
● Tidak boleh komen
● Saya hadir mesyuarat syura hanya setengah jam
● Diterangkan keputusan oleh Su Syura di rumah selepas maghrib.
● Saya hanya komen dari rumah.
● Pakatan Rakyat semakin berpadu
● Beri peluang kepada rakyat berhujah.
● Keputusan klmrin menarik.
● Cadangan jumpa TSKI no komen.

* SU Majlis Syura ialah Nik Zawawi Saleh

Konflik kepimpinan kerajaan Selangor menunjukkan perkembangan baharu yang semakin menarik apabila Mursyidul Am PAS mengeluarkan kenyataan yang menunjukkan dia sebenarnya tidak berhasrat campur tangan.

Pendirian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS itu dinyatakan pada majlis sambutan Aidilfitri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan yang berlangsung di Kota Bharu pada malam Khamis.

"Politik Selangor tu, saya dah sebut dah hari tu, Kelantan pun saya beri pada orang lain, usahkan nak ganggu Selangor pulak. Kelantan yang saya buat macam anak saya pun saya beri pada oran lain, ini nak jaga Selangor buat apa, orang Selangor pandai la nak jaga Selangor ," katanya ketika ditanya mengenai isu pertukaran Menteri Besar Selangor itu.

Malah, rakaman sidang media kenyataan Nik Aziz itu mula tersebar di media sosial pada Khamis.

Pendiriannya itu ternyata bercanggah dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini, di mana Nik Aziz dikatakan menandatangani kenyataan bersama timbalannya, Datuk Haron Din untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sekali gus menolak pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Difahamkan, pada mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS itu, Nik Aziz hanya hadir selama 30 minit dan keluar sebelum sebarang keputusan berhubung isu berkaitan kemelut politik Selangor itu ditetapkan.

IKUTI Facebook : Pandangan Peguam Zul hazmi berkenaan perlembagaan PAS berikutan Mesyuarat Majlis Syura Ulama. UMPAMA: Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman sebelum Mahkamah Tinggi bersidang.

Anda bagaimana...?

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus