Skip to main content

PAS jangan tidur isu krisis MB S'ngor, nasihat Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya

SURAT TERBUKA PMIUM KEPADA PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS) MENJELANG 17 OGOS

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) saudara Khairol Najib menggesa agar PAS supaya bangun daripada tidur dan membuat keputusan yang memihak kepada konsensus yang dibuat secara bersama oleh Pakatan Rakyat Selangor yang dipilih oleh mojoriti rakyat Selangor.

Khairol Najib menasihatkan agar PAS perlu lebih proaktif dalam mengendali krisis dengan membuat pendirian yang cepat dan menepati konteksnya demi survival politik PAS di Malaysia.

Realitinya, tindakan 30 Adun menyokong Dr Wan Azizah selaku menteri besar yang baru, menunjukkan tiada alasan lagi untuk PAS terus menyokong Khalid kerana ia merujuk kepada Undang-undang Tubuh Negeri dan enakmen yang berkenaan dan ia juga bagi menghormati mandat yang diberikan oleh rakyat Selangor.

Tindakan ini sangat penting bagi mengembalikan tampuk pemerintahan Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat yang dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lepas dan bukannya kepada? kerajaan Khalid?.

Khairol Najib mengingatkan, agar PAS tidak mudah timbul tenggelam dengan krisis kedudukan Khalid dan menggorbankan prinsip yang lebih penting, nama baiknya, akhlak politik dan amanah atas nama PR yang ia perolehi daripada rakyat Selangor.

Presiden PMIUM itu juga berharap agar pimpinan PAS membuat keputusan yang benar-benar rasional pada 17 Ogos ini berdasarkan hujah dan timbang tara yang masak dengan membuat keputusan untuk terus kekal bersama Pakatan Rakyat (PR) dalam memperjuangkan masa depan rakyat Malaysia yang lebih cerah.

17 Ogos 2014
12.15AM

Sumber:  Facebook