Sumber: Facebook Zulhazmi At-Takanan
Kenapa dulu Dewan Pemuda Pas Pusat yang dipimpin oleh Mustafa Ali menentang Yang DiPertuan Pas Dato' Mohd Asri Muda?? Kenapa?? Antaranya ialah kerana :
a) Dato' Asri bertindak sebagai kepimpinan peribadi tanpa membincangkan satu perkara yang besar dalam parti.
b) Dato' Asri seolah-olah mengiktiraf apa yang dibuat oleh Dr Mahathir Muhammad. (UMNO)
Antara kenyataanya “isu bank Islam dan Universti Islam Antarabangsa adalah antara isu-isu besar yang dicadangkan dengan gegak gempita di seluruh Negara, tetapi ia tidaklah seharusnya menyebabkan kita merasa terperanjat dan terpesona, tetapi pada masa yang sama, kita tidak boleh bersikap negatif terhadapnya dan memandang sepi dan buruk belaka kepada apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain dan tidak betul belaka dan semuanya dari orang lain buruk dan tidak betul belaka. Sudah seharusnyalah segala anggapan dan tanggapan kita kepada semua masalah hendaklah dilakukan secara objektif dan jujur sejajar dengan tugas kita yang berjuang dan mencapai kebenaran dan berjuang menghayati ajaran Islam. Kita mengalu-ngalukan hasrat mana-mana pihak pun juga sekiranya mereka benar-benar hendak menjadikan parti mereka sebuah parti Islam yang mahu memperjuangkan cita-cita untuk melihat tertegaknya kedaulatan Islam di dalam Negara ini
Kenyataan Dato’ Asri ini dilihat oleh Pemuda PAS sebagai seorang ahli politik yang tidak mahu mengambil pendekatan konfrantasi dengan pihak pemerintah. Pada beliau siapa yang buat Islam maka harus disokong. Tetapi langkah memuji apa yang dibuat oleh kepimpinan kerajaan dianggap berlawan dengan suasana kebangkitan dan semangat di kalangan anak-anak muda yang bersemangat untuk menghayati Islam yang syumul. Di tambah dengan kemarahan kepada UMNO yang berjaya menawan Kelantan daripada tangan PAS yang telah berkuasa 18 tahun.
SEKARANG......
Berjumpa dengan Azmin mengajak beliau menyertai kita dan membawa 2-3 orang ADUN PKR menyertai kita & menyokong Tan Sri Khalid sebagai MB, Kemudian berkata kalau PKR boleh curi Adun kita, kenapa kita tak boleh curi Adun dia? Dalam masa yang sama mengharapkan 12 Adun BN menyokong kita membentuk kerajaan. Tidakkah itu sama seperti yang dilakukan oleh Dato' Asri dulu? Bukan sekadar sama malah lebih teruk kerana kita bukan saja seolah2 mirip kpd Umno spt Dato' Asri, tetapi kita bersama Umno membentuk Kerajaan dan khianat kpd kawan yang bersama menang dgn kita.
Adakah berjumpa dengan Azmin mengajak Azmin khianat parti dia itu diketahui dan dipersetujui oleh parti? Jika tidak diketahui & dipersetujui oleh parti, kita pergi buat deal tu atas mandat siapa? PAS ni hak kita sorg ka?? Ijtihad kita ni terpakai utk semua org ka??
Kalau Dato' Asri dulu ditentang kerana beliau bukan ulamak dan melakukan perkara2 terkutuk itu, kita sekarang dlm kepimpinan ulamak lebih teruk drpd apa yg Dato' Asri buat. Mempergunakan kepimpinan ulamak menghalalkan tindakan.
No comments:
Post a Comment