27 August 2014

Duit BR1M pun dari KWSP bukti Najib Razak gagal pulih kewangan Malaysia

Sebenarnya Najib Razak gula-gula BR1M dia duit rakyat daripada KWSP sebab Kerajaan Pusat mengalami defisit kewangan.

Oleh kerana Kerajaan Pusat tiap-tiap tahun mengalami defisit kewangan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pernah berdalih Najib sees possibility of budget surplus after 2016.

Baru-baru ini, The Malaysian Insider melaporkan, kewangan lemah, hutang kerajaan melebihi tahap siling, kata MIER

Jumlah hutang kerajaan persekutuan bagi suku tahun pertama tahun ini ialah pada RM560.6 bilion.

Manakala, Akta Pinjaman Tempatan 1959 mengehadkan hutang negara pada had siling 55% kerana sekiranya hutang negara melebihi had siling, ia akan menyebabkan negara mufllis.

Umum mengetahui, Kerajaan Pusat mengamalkan Belanjawan Defisit 14 tahun berturut-turut.

Tahu tidak tahu, Kerajaan Pulau Pinang di bawah Ketua Menteri YAB Tuan Lim Guan Eng pun mengamalkan Belanjawan Defisit.

Oleh kerana pentadbiran Najib tidak pernah mengalami lebihan kewangan, ada pihak menganggap pentadbiran Guan Eng pun tidak pernah ada surplas atas anggap Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri masing-masing mengamalkan Belanjawan Defisit.

Ini tanggapan yang salah. Belanjawan Defisit adalah suatu perancangan perbelanjaan semata-mata, di mana berlaku kurangan hasil pendapatan berbanding anggaran jumlah perbelanjaan yang diperlukan.

Belanjawan Defisit bukan membawa makna hutang atau defisit kewangan kerana ia masih belum berlaku lagi.

Sebab itu, Guan Eng pernah menyebut Bajet 2014 mungkin tiada surplas, tetapi berimbang.

Yang telahpun berlaku, antaranya, Laporan Ketua Audit Negara 2012 memuji Kerajaan Pulau Pinang kerana pada tahun tersebut mempunyai lebihan sebanyak RM114.47 juta.

Transparency International turut memuji Kerajaan Negeri kerana direkodkan mempunyai lebihan kewangan (surplas) setiap tahun, menaikkan aset Kumpulan Wang Disatukan sebanyak 50% sejak 2008 kepada RM1,192 juta, serta pengurangan hutang Kerajaan Negeri sebanyak 95%.

Nak tahu lebih lanjut mengenai Kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang surplas atau tidak, lebih mudah dilihat pada data Laporan Ketua Audit Negara seperti di bawah:

TahunSurplas
2008RM 88,020,470.73

2009 RM 77,343,325.77

2010RM 33,539,016.31

2011 RM 138,317,374.24

2012 RM 114,475,442.86

Lebihan Kewangan (surplas) ertinya untung, iaitu jumlah pendapatan melebihi jumlah yang telahpun dibelanjakan.

Defisit Kewangan membawa maksud rugi, iaitu jumlah perbelanjaan telahpun melebihi jumlah pendapatan.

Apa yang saya nak sebut di sini, Belanjawan Defisit tidak sama dengan maksud Defisit Kewangan.

Apabila Hutang Pusat cecah RM600 bilion, rakyat kian rugi, bukan bermakna semua Kerajaan yang mengamalkan Belanjawan Defisit akan hutang seperti pentadbiran Najib.

Pentadbiran Guan Eng pun mengamalkan Belanjawan Defisit sejak tahun 2009, tetapi surplas tiap-tiap tahun.

Audit: RM138 juta lebihan kewangan 2011 P.Pinang diiktiraf terbaik! 

Sebab itu, entri Terkejut dengan serangan tanpa provokasi yang dilancarkan oleh Ahli Parlimen PAS Temerloh Nasrudin bin Hassan @ Tantawi terhadap saya dengan tuduhan tidak berasas, bagi saya, suatu respons yang cukup tuntas daripada Guan Eng

Saya sendiri menulis  Tantawi jangan tutup 'bangkai' Khalid Kidex... dan entri "Kalau projek Terowong P.Pinang tender tutup, patut kos 'direct nego' sudah ditetapkan 28 April 2011 lagi lah, Tantawi!" 

Pentadbiran Pulau Pinang boleh beri sumbangan tunai RM100 melalui Program Emas khusus untuk warga emas, pelajar, mahasiswa, OKU, ibu tunggal, suri rumah sepenuh masa dll kerana pentadbiran Guan Eng ada lebihan kewangan.

Kerajaan Pusat boleh beri BR1M dll kerana pentadbiran Najib memahami defisit kewangan serta boleh hutang daripada KWSP.

Jejas berbeza...

ARTIKEL BERKAITAN:
Teliti dulu hutang negara dalam RM atau mata wang asing... 
Wang ringgit kita itu 'Kertas Hutang'!!! 

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus