26 July 2014

Solidariti Palestin 6.00 petang, serentak demo protes penganjur Uptown Perda

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Sekumpulan penjaja Uptown Perda sejak beberapa hari lepas nekad untuk tidak mahu membayar yuran tapak selagi penganggur enggan meningkatkan mutu pengurusan di sini, sebagaimana disyaratkan oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Wakil penjaja, Nasorudin Shah Mat memberitahu, mereka akan melancarkan demontrasi aman di sekitar jam 6.00 petang ini sebagai protes kepada penganjur, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Simpang Empat.

Katanya lagi, himpunan aman petang ini turut dilancarkan serentak dengan himpunan solidariti Uptown Perda Seberang Jaya menentang kezaliman Zionis Israel ke atas bumi bergolak Gaza, Palestin kini.

Difahamkan, aktiviti penjajaan haram secara 'berlapis' hingga mengakibatkan kesesakan trafik di sini merupakan salah satu punca penjaja berwajib nekad untuk tidak berbayar yuran tapak kepada penganjur.

Berita lanjut menyusul kemudian.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus