26 July 2014

PKR harap mesyuarat PAS 10 Ogos pegang keputusan rasmi bersama

SYOR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor telahpun dipersetujui secara rasmi oleh pemimpin PKR, DAP dan PAS sendiri dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 23 Julai lepas, kata PKR.

Justeru, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail (gambar) dalam kenyataan hari ini berkata, keputusan rasmi bersama itu diharap dapat diangkat dalam mesyuarat PAS yang dijadualkan pada 10 Ogos depan.

Harapan itu disampaikan selepas Timbalan Presiden PAS Tn. Hj. Mohamad Sabu dalam satu kenyataan berasingan sebelum ini menjelaskan, sokongan peribadi Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang supaya Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor bukanlah keputusan rasmi parti.

"Saya percaya semangat ukhuwwah dan saling menghormati prinsip pencalonan sebegini akan terus menguatkan Pakatan Rakyat.

"Ia adalah salah satu tiang seri yang menjadi tonggak persefahaman Pakatan Rakyat, makanya semangat menghormati prinsip pencalonan sebegini perlu dipertahankan demi mempertahankan Pakatan Rakyat.

"Saya percaya kepimpinan PAS akan melalui proses dalaman dan mengambil kira pendapat semua pimpinannya serta komitmen yang telah dinyatakan di dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 23 Julai 2014 yang lalu apabila Jawatankuasa PAS Pusat bermesyuarat pada 10 Ogos 2014," ujar Saifuddin, yang juga bekas Ahli Parlimen Machang.

Terdahulu, syor Dr Wan Azizah sebagai pengganti Khalid telahpun dibentangkan oleh PKR,, serta dipersetujui secara rasmi dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat tersebut.

Dalam mesyuarat itu, PAS diwakili Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, Dato’ Mustapha Ali (Setiausaha Agong), Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden), Dato’ Husam Musa (Naib Presiden), Xuhaizan Kayat (Ketua Pemuda) dan Dr. Hatta Ramli (AJK PAS Pusat).

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus