26 July 2014

Mengapa Tok Guru pecat Hasan Ali yang tak pernah dibuktikan rasuah sebagai ahli PAS?

SALAH satu dalih yang ditegakkan oleh penyokong Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah Tan Sri Khalid Samad tiada kes rasuah dan perlu dipertahan sebagai Menteri Besar.

The Malaysian Insider hari ini melaporkan, Pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Ahmad Yakob pun berkata, tiada sebarang alasan syarie yang kukuh dikemukakan sehingga kini untuk mewajarkan penukaran Khalid dan beliau patut dibenarkan meneruskan amanah sehingga ke akhir penggal.

Adakah syarak hanya membenarkan Presiden PAS (sama ada secara peribadi atau atas keputusan parti) untuk bersetuju Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, jika Khalid sah dibuktikan rasuah?

Atau, tak salah di sisi syarak jika PKR mensyor calon lain bagi menggantikan Khalid, demi mengelak Selangor tumbang di PRU14 nanti semacam Terengganu dan Kelantan sebelum ini?

Hallo...Datuk Dr Hassan Ali pun tidak pernah dibicarakan serta dibuktikan rasuah, mengapa Abdul Hadi pecat keahlian pemimpin itu?

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah..." [Surah Al-Baqarah: 6]

Bertadabbur lah...

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus