APABILA Datuk Ahmad Yaakub berkata Ahli PAS perlu akur pendirian Hadi sokong Khalid, ada khalayak bertanya siapa sepakat pemangku Ketua Urusan Ulamak PAS Pusat itu jadi Menteri Besar Kelantan?
Walaupun PKR dan DAP tidak campur tangan urusan kepemimpinan PAS di Kelantan semasa krisis sedang meledak, ada minit menyuarat PAS Pusat memutuskan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat mengosongkan kerusi Menteri Besar Kelantan pasca PRU13?
Bagaimana pula dengan penyingkiran Naib Presiden PAS sebagai Exco Kanan Kerajaan Kekayaan pasca PRU13, pakai minit mesyuarat rasmi parti atau dalih kononnya titah Istana Kelantan?
Mengapa tiada minit-minit mesyuarat berwajib dibentangkan secara rasmi di peringkat Pusat?
Niat Ahmad murni, iaitu tidak mahu ijtihad Abdul Hadi dipertikai khalayak.
Tetapi, niat murni jangan sampai menutup kebenaran.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya." [Surah Al-Baqarah: 42]
Siapa boleh ulas dan jawab beberapa soalan berbangkit di atas?
No comments:
Post a Comment