03 June 2014

Tak guna rampas subsidi minyak rakyat RM9.8b atas nama jimat, kalau rasuah, bazir, seleweng kuasa & tiris sebesar RM6.5b!

KESELURUHAN jumlah ketirisan, rasuah, penyelewengan kuasa serta pembaziran sebagaimana dirujuk pada Laporan Ketua Audit Negara 2012 dianggarkan RM6.5 bilion.

Ini, berdasarkan 64 kajian terperinci daripada laporan rasmi negara, kata Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Meng di portal Roketkini 13 Oktober tahun lepas.

RM5.7 bilion pembaziran yang berlaku dalam jabatan-jabatan kerajaan, badan berkanun dan kementerian.

Manakala, baki RM0.8 bilion pula terbazir oleh pembinaan serta pengurusan universiti.

Kian Meng berkata, jika 20 peratus dari RM6.5 bilion itu dapat diselamatkan, menyamai dua kali ganda penjimatan yang Kerajaan Pusat beralih jika harga minyak dinaikkan 20 lagi semasa itu.

Ini contoh yang jelas depan mata kita.

Apa yang saya nak sebut, elak ketirisan, pembaziran, rasuah dan penyelewengan kuasa dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak adalah langkah penjimatan yang mesti diutamakan terlebih dahulu, sebelum merampas subsidi minyak rakyat.

Nak jimat RM9.8 bilion, tiris RM6.5 bilion.

Tak guna rampas subsidi minyak rakyat RM9.8b atas nama jimat, kalau rasuah, bazir, seleweng kuasa & tiris sebesar RM6.5b!

Langkah jimat?

ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang
Bukit Mertajam |2.00 pagi

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus