AFIF Bahardin (tengah) menggunakan alatan khas membuka durian sebagai gimik Perasmian Musim Durian Balik Pulau Telah Bermula di Anjung Indah, Balik Pulau baru-baru ini. | Foto: Buletin Mutiara |
AFIF Bahardin (tengah) menggunakan alatan khas membuka durian sebagai gimik Perasmian Musim Durian Balik Pulau Telah Bermula di Anjung Indah, Balik Pulau baru-baru ini. |
BALIK PULAU - Musim durian sekitar Balik Pulau yang ditunggu-tungu oleh penggemarnya tak kira warganegara atau pelancong asing kembali kini.
Pegawai Daerah Balik Pulau, Daud Abd. Hamid berkata, jenama 'Durian Balik Pulau' yang dipromosi saban musim di negeri ini sekaligus mereputasi nama Pulau Pinang di rantau ini.
“Berkonsepkan dusun, pengunjung dijanjikan pengalaman yang berbeza tahun ini.
"Mereka bukan sahaja dapat menikmati durian terbaik di sini, tetapi, turut menambahkan pengalaman baru kepada penggemarnya menikmati durian di dalam lebih enam buah dusun terpilih," ujar beliau pada Majlis Perasmian Musim Durian Balik Pulau di Tapak Rekreasi Telah Bermula Di Anjung Indah, di sini baru-baru ini.
Tambah beliau, majlis kali ini dijangka menerima lebih ramai pengunjung, memandangkan penganjurannya secara kebetulan serentak dengan musim cuti sekolah.
Majlis itu dirasmikan oleh Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin.
“Tarikan Durian Balik Pulau begitu kuat. Bukan sahaja di kalangan masyarakat Pulau Pinang, tetapi, hingga ke luar negara.
“Para pekebun di sini diberikan sijil supaya membolehkan mereka memasarkan keluaran buah durian ke peringkat antarabangsa,” ujar Dr. Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya.
Pelbagai jenis durian boleh dinikmati di Balik Pulau, antaranya, Udang merah, Musang King, Ang Hae, Ho Lor, D24 dan Ang Bak Kia.
Dijangkakan, musim Durian Balik Pulau kali ini lebih panjang berbanding musim-musim lalu, iaitu bermula pada pertengahan Mei hingga Ogos depan.
No comments:
Post a Comment