03 June 2014

Kalau harga minyak tanpa subsidi melambung naik 1 Sept pun, yang penting Cadbury RM1!!!

Dua tiga hari ini, Buletin TV3 terus menerus melaporkan aktiviti penyeludupan minyak di sempadan Malaysia-Thailand supaya rakyat tahu bahawa itu masalah yang mesti ditangani oleh Putrajaya.

Propagandis Umno memang begitu, mereka tidak akan merompak kekayakaan negara atas nama "menjimatkan subsidi minyak", melalainkan terlebih dahulu digembar-gemburkan kisah penyeludupan bahan bakar negara oleh warga asing sampai diterima oleh rakyat kononnya sebagai logik.

Yang logik, sebenarnya ketatkan kawalan di sempadan untuk mencegah penyeludupan minyak, bukan rampas sabsidi rakyat.

Sebelum Subuh tadi, saya ada menulis Tak guna rampas subsidi minyak rakyat RM9.8b atas nama jimat, kalau rasuah, bazir, seleweng kuasa & tiris sebesar RM6.5b!


Saya berasa kalau minyak naik sekarang pun, Melayu paling tak ambil pot untuk memasang niat menumbangkan United Myanmar Nepal Organization sebab kelaku dalam kepala otak mereka lebih sensitif dengan 'coklat babi'.



Sebab itu, saya tulis tajuk di atas.

Setuju?

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Othman Mustapa menunjukkan dua laporan analisis makmal Jabatan Kimia Malaysia terhadap sampel Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no) 221013 N01RI1 dan Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok 200813 M01HI2 yang disahkan tiada dikesan Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi di Putrajaya hari ini

NAK IKUT CAKAP AGAMA KA
NAK JAGA SAHAM FELDA?

No comments:

Post a Comment