03 June 2014

Gunalan nak luncur dah buku puisi Sabtu ini, takkan Pakaq nak tunggu rambut mencecah lulut baru nak serius menulis buku?

SE. Gunalan 
Tahniah kepada sahabat baik saya, Se. Gunalan kerana berjaya menghasilkan karya puisi dwi bahasa berjudul Mul Maragal aka Thorny Trees.

Khabarnya, Timbalan Ketua Menteri II Prof. P. Ramasamy yang akan rasmi di Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang pada Sabtu, 6.00 petang.

Saya dengaq cereta, Ahli Parlimen Batu Kawan P. Kasthuri ada. ADUN Seri Delima RSN Rayer ada. ADUN Bagan Dalam, A. Tanasegaran ada. ADUN Pulau Tikus, Yap Soo Huey pun ada dalam majlis tersebut nanti.

Senaskah RM30. Segera hubungi Gunalan, 0134853128 atau emel segunalan.ptca@yahoo.com.

"Cetakan pertama 1,500 sahaja, sudah lebih 200 berjaya dijual," ramah Gunalan di pejabat saya, tadi.

Saya minta maaf banyak-banyak kerana tidak dapat hadir ke majlis bermakna itu, kerana saya pada Jumaat ini merancang nak balik rumah mak mertua di Muo - "jenguk Insyirah dan maknya".

Jauh dalam hati masih sedih, saya gagal menghabiskan semua projek buku yang telah saya tulis sebelum ini.

"Nazar dah nazar dah, takkan nak tunggu rambut mencecah lutut baru nak serius menulis sampai siap skrip-skip buku yang terbengkalai too," bisik seorang diri. Sedih.

AstaghfiruLllah.....


BJ ZAiNULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang

Komtar, George Town | 3.08 petang

No comments:

Post a Comment