03 June 2014

Ustaz JAKiM sedih harga Cadbury RM1, nekad demo makan coklat 'DNA babi'?

Ustaz-Ustaz JAKIM nekad melancaran demontrasi memakan cadbury, selepas langkah menghalalkan 'DNA babi' yang dikesan pada coklat tersebut mula dipertikai banyak pihak, lapor blogger Anak Sungai Derhaka.

Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal JAKIM, Mohd. Amri Abdullah dilaporkan berkata pihaknya berpegang kepada keputusan yang telah mereka keluarkan dan tidak ada masalah untuk pihaknya membuktikan kepada orang ramai bahawa coklat Cadbury adalah halal.

Mohd Amri berkata, proses memberikan status halal kepada sesuatu produk dibuat setelah prosedur dan standard yang ditetapkan ditepati.

"Sebagaimana yang disebutkan bahawa status Cadbury yang diputuskan adalah halal. Kalau diminta kami makan coklat Cadbury kami yakin bahawa apa yang diberikan status pensijilan itu adalah halal sepenuhnya.

"Dalam hal ini, ia memerlukan keyakinan yang begitu utuh, yang begitu kuat untuk menentukan konsep halal.

"Kalau di pihak pengguna jika adanya was-was, adanya keraguan yang melampau, lebih baik tinggalkan," katanya kepada Astro AWANI menerusi AWANI745, malam tadi. 

No comments:

Post a Comment