DR. AFIF Bahardin (berdiri, tiga dari kiri) meramahi Thum Mei San (berbaju hijau), sambil diiringi oleh dua tetamu lain di sini baru-baru ini. | Foto: Buletin Mutiara |
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
DATUK KERAMAT - Derita ketumbuhan seberat 20 kilogram di bahu kiri Thum Mei San selama enam tahun berakhir walaupun pembedahan yang dilakukan di Hospital Besar Pulau Pinang baru-baru ini terpaksa memotong lengan kiri gadis tersebut.
Exco Pertanian & Industri Asas Tani dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin semasa membuat lawatan rasmi di sini, memberitahu, Mei San dalam keadaan STABIL dan masih menerima rawatan rapi di sini.
"Saya pun tidak dapat memastikan bila beliau dibenarkan pulang, tetapi, dari apa yang saya lihat, keadaannya stabil...beliau mendapat rawatan rapi yang baik di sini," ujar Dr. Afif kepada wartawan.
Dr. Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya berkata, pihaknya berharap Mei San tabah dengan ketentuan takdir tersebut, serta bersemangat untuk meneruskan kehidupan.
Sebelum itu, Dr. Afif turut mengadakan pertemuan tertutup dengan pentadbir Hospital Pulau Pinang, untuk mendapatkan maklum balas berwajib berhubung status pembedahan Mei San.
Terdahulu, Soon Seng menjadi perhatian apabila gadis berkenaan melahirkan rasa kecewa kerana pembedahan berwajib ke atas dirinya terpaksa ditangguhkan, atas faktor masalah kewangan.
Selepas itu, beberapa pihak melancarkan operasi mengutip dana serta berdoa kepada Soon Seng, hingga gadis berkenaan selamat menjalani pembedahan.
No comments:
Post a Comment