19 June 2014

Dakwaan ‘Umno Celaka’ Rayer gugur?

(Depan, dari kiri) GOBIND Sing Deo, R.S.N. Rayer, Jagdeep Singh Deo dan Ramkarpal Singh Deo di perkarangan Mahkamah Tinggi George Town, pagi tadi. | Foto: FB Jeffrrey Chew

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Adun Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, R.S.N. Rayer yang sepatutnya dibicarakan di bawah Akta Hasutan pada pagi ini berhubung kenyataannya menyebut “Umno Celaka” dalam persidangan lepas dekat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang tiba-tiba ditangguhkan.

Gobind Singh Deo yang mewakili Rayer dalam kenyataannya kepada wartawan memberitahu, beliau sendiri tidak tahu punca pengguguran dakwaan tersebut.

Pun begitu, beliau mengaku menerima panggilan daripada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Datuk Ghazali Cha pada detik 9.15 pagi tadi memberitahu hal sama.

“AG (Peguam Negara) minta pendakwaan dimulakan hari ini, sebab itu, saya sendiri tidak tahu apa sebenarnya berlaku di sini.

“Saya tidak boleh memberitahu hal ini secara terperinci, tetapi, tiada pendakwaan pada hari ini sehingga ada suatu notis lanjut kelak,” ujar Gobind, yang juga Ahli Parlimen Puchong di perkarangan di Mahkamah Tinggi George Town.

Justeru, beliau tidak menolak kemungkinan ada perbezaan pendapat dalam Pejabat Peguam Negara membabitkan AG Tan Sri Abdul Ghani Patail dan Ghazali sendiri.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh Deo, dan V. Raveentharan (bekas ADUN Batu Uban) yang turut mewakili pasukan pembelaan turut hadir pada pagi tadi.

Jagdeep Sing Deo, Chong Eng dan Datuk Abdul Malik Abul Kassim antara Exco Kerajaan Negeri yang hadir memberi sokongan moral kepada Rayer.

Semalam, Abdul Ghani dalam satu kenyataanya dilaporkan mengesahkan bahawa Rayer akan didakwa di Mahkmah Tinggi George Town.

Ketetapan terbaru itu menggamit pelbagai reaksi di kalangan khalayak, antaranya sebutan mana-mana wakil rakyat sama ada di dalam DUN atau Parlimen sepatutnya kebal dari pendakwaan di Mahkamah.

Terdahulu, sekumpulan penyokong Umno bertindak menceroboh DUN Pulau Pinang sambil menggambarkan Rayer menyebut “Melayu Celaka”.

Walhal, Rayer nyata menyebut penyokong serta pemimpin Umno yang menyemerakan api perkauman di negeri ini sebagai “celaka Umno”.

Satu usul dipersetujui DUN Pulau Pinang pada hari kejadian mengarahkan Polis serta pihak berkuasa berwajib mengambil tindakan tegas kepada mereka yang terbabit.

Keesokan hari ini, satu lagi usul dipersetujui DUN Pulau Pinang, mengarahkan mereka dibicarakan di Mahkamah, serta menerima hukuman yang keras jika didapati bersalah.

Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng dalam kenyataannya baru-baru ini turut mengsyorkan Pejabat Peguam Negera mengenakan hukuman keras hatta penjara seumur hidup kerana tindakan mereka menceroboh DUN Pulau Pinang  boleh dianggap melawan Yang Di-Pertuan Negeri serta mencemar kemuliaan dewan, sebagaimana ditakrifkan daripada Perlembagaan Negeri.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus