Skip to main content

'Tiger of Jelutong' dikenang bela muslimah berpurdah di Mahkamah :PAS

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

JELUTONG - Jasa mendiang Karpal Singh memperjuangkan hak asasi seorang muslimah yang dipecat oleh pemerintah Umno di pejabat SUK Perak sebab memakai purdah dulu akan tetap diingati oleh umat Islam kini.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Jelutong, Mohd. Faruk Abdul Rahman (gambar) berkata demikian sambil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang atas kemalangan maut Karpal dan peribadi lain, semalam.

"Umno yang mengharamkan pemakaian purdah kerana kebencian parti asabiah zalim itu terhadap dakwah PAS, dan Karpal yang membela Halimatusaadiah atas nama hak asasi manusia yang dijamin dalam Perlembagaan.

"Dalam masa yang sama, tiada pula garis panduan daripada pemerintah Umno ke atas muslimah yang tidak menutup aurat, walaupun itu adalah suruhan wajib," ujar beliau menerusi emel.

Semasa mendiang menjadi Ahli Parlimen Jelutong dulu, Mohd. Faruk memberitahu, mendiang merupakan peguam rujukan bagi badan penduduk di bawah pimpinan arwah Pak Salim (Ketua PAS Cawangan Tanah Wakaf Haji Kassim) berhubung isu tanah serta kebajikan penduduk asal di sini.

Justeru, katanya lagi, kecaman penyokong Umno di media sosial Facebook sejak semalam berhubung pendapat berbeza Karpal dulu mengenai hudud tidak lebih hanya demi menutup segala sumbangan 'Tiger Of Jelutong' itu terhadap rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa mahupun agama.