28 April 2014

MPPP perluas kempen kitar semula F&N ke prasekolah

WAKIL penganjur membentangkan kaedah sebenar membantu proses kitar semula kotak minuman pada majlis tersebut di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Majlis Perbadaran Pulau Pinang (MPPP) berharap lebih 45 prasekolah akan menyertai kempen kitar semula anjuran F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd. (F&N), dengan sokongan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) pada tahun ini.

PATAHIYAH Ismail.
Yang di-Pertua MPPP, Datuk Ar. Patahiyah Ismail berkata, kempen saingan selama tiga bulan yang bermula dari 16 Mei hingga 15 Ogos depan itu diperluaskan ke peringkat prasekolah kerana pertandingan tahunan tersebut didapati menerima sambutan menggalakkan sejak diperkenalkan pada tiga tahun lepas.

“Dengan kempen yang diperluaskan ke peringkat prasekolah, saya berharap lebih ramai pelajar menyertai program kitar semula pada kali ini,” ucap Patahiyyah pada pelancaran majlis tersebut, sambil melahirkan rasa bangga dengan kerjasama yang erat antara MPPP dan F&N serta JPN.

CARIESSA Goh.
Pengurus Korporat F&N, Cariessa Goh dan Cikgu Azizan Ismail (wakil Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang) turut berucap pada majlis yang disertai lebih hampir 200 perwakilan, terdiri oleh guru-guru dan murid-murid sekolah.

Difahamkan, syarikat Tetra Pak (M) Sdn. Bhd. selaku pembekal F&N pada pertandingan tahun ini diumumkan menaja wang tunai sebanyak RM600 untuk kategori sekolah rendah dan menengah, serta RM300 untuk juara kategori prasekolah.

AZIZAN Ismail.
Untuk kategori sekolah menengah dan sekolah rendah, masing-masing ditawarkan wang tunai RM1,300 untuk tempat pertama, diikuti RM1,100 (kedua), RM900 (ketiga), RM800 (keempat) dan RM700 (kelima).

Manakala, tempat keenam hingga ke-10, masing-masing menerima wang tunai antara RM600 hingga RM200.

Untuk kategori prasekolah pula, RM300 wang tunai ditawarkan untuk pemenang utama, diikuti, RM200 (kedua), RM100 (ketiga), serta hadiah saguhati RM50 untuk keempat hingga ke-10.

Sebelum itu, hadirin turut didedah mengenai pripenting amalan 4R, iaitu Reduce (kurang guna), Reuse (guna semula), Recycle (kitar semula) dan Rethink (fikir semula) dalam kehidupan seharian, selain, kaedah sebenar membantu proses kitar semula kotak minuman daripada wakil penganjur.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus