22 April 2014

MP terkejut Putrajaya ‘senyap-senyap’ swasta Pelabuhan P.Pinang

Info Grafik: Carian di Google.com

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Langkah Putrajaya menswastakan Pelabuhan Pulau Pinang kepada syarikat berkaitan jutawan industri Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (kiri) tanpa sebarang kenyataan umum mengundang rasa terkejut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin.

Menurut Tze Tzin, beliau sendiri mengetahui status terbaru pelabuhan komersial itu dari Jawapan Bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar bertarikh 24 Mac lepas, semasa berlangsungnya perbahasan di Dewan Rakyat.

“Kenapa Pelabuhan Pulau Pinang ini diswastakan secara ‘senyam-senyap’.

“Adakah Kerajaan (Pusat) takut rakyat mengetahui satu lagi aset strategik nasional telah diswastakan, dan, pemenang sekali lagi adalah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary,” tanya Sim Tze Tzin (kanan) melahirkan rasa musykil mengenai punca pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak membuat pengumuman terbuka yang dianggap penting itu.

Dalam Jawapan Lisan Abdul Wahid dipetik menyebut:

“Syarikat Seaport Terminal (Johore) Sdn. Bhd. telah diperakui sebagai pembida yang berjaya bagi cadangan penswastaan Perlabuhan Pulau Pinang melalui pemilikan ekuiti di dalam Penang Port Sdn. Bhd. “Rundingan mengenai terma-terma perjanjian telah dimuktamadkan dan perjanjian tambahan (supplemental agreement) penswastaan Perlabuhan Pulau Pinang telah ditandatangani pada 23 November 2013 antara pihak kerajaan yang diwakili oleh kementerian pengangkutan dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dengan pihak syarikat.”

Justeru katanya, pentadbiran Najib mesti menerangkan perkara sebenar di sebalik langkah penswastaan ‘senyap-senyap’ pelabuhan itu.

Terdahulu, ura-ura penswastaan pelabuhan itu mula timbul menjelang musim pilihan raya umum lepas.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam beberapa kenyataan kepada wartawan menegaskan bahawa hasrat Putrajaya itu akan merugikan kepentingan rakyat di negeri ini.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus