19 April 2014

Mangsa rumah terbakar terima sumbangan TKM1

MOHD. Rashid Hasnon (tengah) bersama beberapa pihak lain menyerahkan sumbangan kepada Marzuki Md. Lazim (dua dari kiri di perkarangan Restoran Kassim Mustafa dekat Bayan Baru, petang tadi.

MOHD. Rashid Hasnon (berdiri) menyamaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kebakaran, sambil diperhati oleh Salim @ Saleem Manshoor (duduk, dua dari kiri) dan tetamu lain di sini, petang tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PANTAI JEREJAK - Pemilik rumah papan setentang dengan Balai Polis Pulau Betong dekat Balik Pulau, Marzuki Md. Lazim yang dijilat api dalam satu insiden bulan lepas menerima sejumlah sumbangan daripada Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon dalam satu majlis ringkas di sini, petang tadi.

"Bukan mudah untuk mengalamai insiden seumpama ini, sebab itu, saya terus bergegas selepas mesyuarat pada hari kejadian apabila dihubungi oleh Encik Marzuki.

"Pada hari ini pun, sumbangan kecil bersifat peribadi ini dan sumbangan beberapa pihak lain diharap dapat memberi sedikit kegembiraan kepada keluarga mangsa," ujar Mohd. Rashid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak.

Ahli Lembaga Zakat Pulau Pinang merangkap pemilik Nasi Kandar Kassim Mustafa, Salim @ Saleem Manshoor, anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Penerangan merangkap Presiden D'BM Hospital, Zolkifly Md. Lazim turut serta dalam majlis ringkas itu.

Menurut Mohd. Rashid, Salim dan bebrapa lagi syarikat korporat telah mengambil insiatif melancarkan tabung derma kilat sebelum ini demi membantu mangsa kebakaran berkenaan.

"Inilah pasukan yang perlu dihargai dalam masyarakat kita, melakukan inisiatif yang boleh demi membantu mangsa," ujar Mohd. Rashid sambil merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit. 

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP), Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa turut menyumbang RM1,500 sumbangan peribadi, sehari lepas kejadian.

Terdahulu, rumah abang kepada anggota MMK Penerangan berkenaan dilaporkan terbakar pada 31 Mac lepas, dan menerima kunjungan kilat Mohd. Rashid pada pagi hari berikutnya.

Pihak Bomba pada masa kejadian memebitahu pasukan Penyiastaan Kebakarannya masih mencari punca kebakaran rumah papan tersebut.

Hubungi Marzuki Md. Lazim di talian 012-5573331 dan salurkan sumbangan ihsan anda ke akaun Maybank mangsa, 157157013319.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus