Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
KEBUN BUNGAH - Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam antara pemimpin Barisan Nasional yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal Singh di kediaman Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkenaan di sini pada lewat petang tadi.
Subramaniam disantuni oleh anak mendiang, Gobind Singh Deo dan Lim Kit Siang (Ahli Parlimen Gelang Patah) serta wakil rakyat Pulau Pinang lain.
Bercakap pada sidang media bersama-sama Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang (Ahli Parlimen Gelang Patah, Subramaniam menganggap pemergian Karpal adalah satu kehilangan bagi seluruh bangsa Malaysia.
"Negara akan mengingati seorang pemimpin hebat yang senantiasa teguh dengan prinsipnya.
"Dalam pembinaan sebuah negara memerlukan seorang ahli politik yang berani menyuarakan pendapat atau pandangan, dan berani menegur kerajaan apabila kerajaan melakukan sesuatu yang dianggap tidak adil.
"Dengan kehilangan beliau (Karpal), kedua-dua pihak, (iaitu) Kerajaan (Barisan Nasional) dan Pembangkang (Pakatan rakyat) akan senantiasa mengingati beliau.
"Beliau (Karpal) adalah seorang pemimpin yang hebat...pemergiannya adalah satu kehilangan untuk seluruh rakyat Malaysia," ujar Subramaniam.
Mewakili Malaysian Indian Congress (MIC), Subramaniam turut merakamkan takziah kepada keluarga mendiang Karpal.
No comments:
Post a Comment