23 April 2014

Langgar perjanjian punca kontrak PUSPANITA ditamatkan


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Kontrak perjanjian Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Pulau Pinang ditamatkan serta-merta kerana gagal menguruskan Rumah PUSPANITA sehingga menjadi sarang pesta liar membabitkan 88 individu, Ahad lepas.

MUHAMMAD Yusuff Wazir (dua dari kanan) dalam majlis rasmi.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhammad Yusoff Wazir dalam kenyataan bertulis kepada wartawan memberitahu, ketegasan itu atas arahan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng sendiri memandangkan kejadian itu jelas mencemar nama baik serta imej Kerajaan Negeri.

"Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk menamatkan kontrak perjanjian yang telah ditandatangani sebelum ini, disebabkan pelanggaran syarat-syarat perjanjian oleh pihak PUSPANITA Negeri Pulau Pinang sendiri," ujar Muhammad Wazir, sambil memberitahu bahawa pihaknya akan mengambil alih semula pengurusan bangunan kuarters milik Kerajaan Negeri tersebut.

Difahamkan Rumah PUSPANITA berdekatan Masjid Negeri tersebut diserahkan kepada PUSPANITA pada 15 Jun 2009, selepas didapati terbiar kosong sejak tahun 2006.

Permohanan PUSPANITA itu diterima memandangkan persatuan tersebut ditubuhkan demi menggalakkan perkembangan pengetahuan, kemahiran dan kemajuan diri, yang membabitkan isteri-isteri penjawat awam dan penjawat awam sendiri dari semua peringkat perkhidmatan.

PUSPANITA ditawarkan bangunan itu pada 19 Januari 2010, selepas kerja-kerja membaik pulih dilakukan.

Kerajaan Negeri memberi pengecualian bayaran sewa selama tiga tahun, bermula pada 1 Februari 2010 hingga 31 Januari 2013.

Selepas tempoh itu, pertubuhan tersebut meminta penggunaan Rumah PUSPANITA selama 10 tahun lagi, tetapi Kerajaan Negeri dalam satu kontrak perjanjian bersetuju untuk melanjutkan tempoh permohonan selama tiga tahun sahaja, bermula pada 1 Februari 2013 hingga 31 Januari 2016.

Pada detik 2.45 pagi hari kejadian, dilaporkan, 60 daripada 88 individu yang ditahan dalam satu pesta dadah dan arak di banglo tersebut.

Mereka, 50 lelaki dan 38 wanita berusia 16 hingga 35 tahun, termasuk 15 pelajar yang memenuhi kediaman inap desa itu, kononnya menghadiri sambutan hari jadi seorang ahli perniagaan sebelum majlis bertukar menjadi pesta liar apabila kebanyakan pengunjung mengambil syabu, ganja dan minuman keras. 

Selepas dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, hasil ujian air kencing pendapati 35 lelaki dan 25 perempuan adalah pasti positif dadah.

Mereka , direman empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Justeru, Muhammad Yusoff memberitahu, pembatalan kontrak PUSPANITA kerana Kerajaan Negeri memandang serius kejadian tersebut.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus