20 April 2014

Khalid Samad kesal Karpal digambarkan anti Islam

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

KEBUN BUNGAH - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad turut melahirkan rasa kesal kerana gagal menjernihkan faham Islam terhadap Karpal Singh, sebagaimana dirakamkan oleh Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dalam satu kenyataan berasingan sebelum ini.

Menurut Khalid, Karpal memberi pendapat yang berbeza mengenai undang-undang syariah berdasarkan tafsirannya yang berbeza terhadap perlembagaan, serta tidak wajar dianggap sebagai pemimpin yang anti Islam.

"Beliau (Karpal) bercakap berdasarkan pada apa yang beliau faham pada perlembagaan. Sebab itu pun, beliau membela hak wanita Islam berpurdah dari dipecat oleh SUK Perak.

"Kalau Karpal Singh anti Islam, beliau tentu tidak setuju DAP tahalluf siyasi (perjanjian politik) dengan PAS untuk menentang kezaliman Umno," ujar Khalid kepada wartawan, selepas memberikan penghormatan terakhir kepada Karpal di kediamannya di sini lewat malam tadi.

Menurut Khalid, persamaan atau perbezaan pendapat antara Karpal dengan pemimpin tertentu PAS sebelum ini sebenarnya berdasarkan pemahaman masing-masing terhadap maksud perlembagaan.

"Sepatutnya persamaan dan perbezaan ini harus saling dihormati secara demokratik, kerana masih dalam ruang menafsir perlembagaan," ujar Khalid lagi, disertai Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin dan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (MKK) Penerangan, Zolkifly Md. Lazim.

Mereka disambut oleh Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng, Lim Kit Siang (Ahli Parlimen Gelang Patah) dan keluarga Karpal di sini.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus