18 April 2014

Buka Pejabat Konsulat Poland di P.Pinang dihargai

(Dari kiri) P. Ramasamy, Suppiah Manikam, Ketua Menteri, Adam W. Jenolek, Law Heng Kiang merakamkan gambar kenang-kenangan sempena majlis keraian di sini baru-baru ini. | Foto: Facebook Buletin Mutiara

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng menyambut mesra pembukaan Pejabat Konsulat Republik Poland di sini, dengan pelantikan Datuk Suppiah Manikam sebagai Konsul Kehormat yang pertama Republik Poland Ke Malaysia.

Guan Eng dalam ucapannya memberitahu, pelantikan Suppiah sekaligus melambangkan republik itu komited meningkatkan hubungan dua hala dengan Malaysia, terutamanya di negeri ini.

“Pembukaan pejabat baru Konsulat Poland di Pulau Pinang merupakan pengakuan penting bahawa Pulau Pinang kian berkembang sebagai bandar bertaraf antarabangsa dan pintar.

“George Town, merupakan bandar kedua di Malaysia yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO...diharap dapat mewujudkan hab ekonomi, perdagangan, kebudayaan dan pendidikan demi manfaat di kedua-dua negara,” jelas Guan Eng pada satu majlis keraian di sini baru-baru ini.

Duta Poland Ke Malaysia, Y.A.B Adam W. Jenolek turut berucap pada majlis tersebut.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy dan Law Heng Kiang (Exco Pembangunan Pelancongan) turut hadir pada majlis itu.

Sementara itu, Guan Eng turut merakamkan penghargaan kepada Adam atas inisiatifnya membukan pejabat besar Konsulat Republik Poland di negeri ini.

“Saya berharap kerjasama kami akan sangat berjaya dalam menggalakkan hubungan yang luas dan mendalam antara kedua-dua negara,” ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus