24 April 2014

Bimbang pengaruh Karpal ke sekolah punca Putrajaya halang anjur majlis peringatan

KUALA LUMPUR - Pemergian Karpal Singh yang meneriam kunjungan lebih 50,000 orang dalam beberapa hari majlis penghormatan terakhir di Pulau Pinang, termasuk di perkarangan St. Xavier Institution yang menjadi tempat mendiang mendapat pendidikan awal nampaknya seakan mencuri kebimbangan Putrajaya.

Walaupun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri turut hadir ke kediaman mendiang pada Sabtu lepas, Jabatan Pendidikan di bawah kementeriannya hari ini memutuskan untuk telah menolak penggunaan sebuah sekolah di Kuala Lumpur untuk majlis memperingati ‘Tiger of Jelutong’.

Ini kerana, halangan menyambut keraian seumpama itu dilihat sebagai satu acara politik, kata penganjurnya DAP kepada wartawan, dipetik dari portal berita Malaysiakini.com.

Majlis peringatan itu dijadualkan berlangsung malam esok di SJK (C) Chung Kwo berhampiran Jalan Loke Yew dekat Kuala Lumpur, kata pemangku Pengerusi DAP Tan Kok Wai.

"Saya sedih untuk mengatakan bahawa (penggunaan) tempat itu telah ditolak oleh Jabatan Pelajaran.

"Apa yang saya faham, guru besarnya telah diberitahu bahawa kerana ini adalah satu acara politik, ia tidak boleh diadakan di premis sekolah."

Katanya, beliau telah dimaklumkan tentang perkembangan terkini itu oleh seorang ahli lembaga pengarah sekolah tersebut pagi ini, dan ini kemudiannya disahkan oleh guru besar.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus