14 March 2014

Pakatan akan wujud lebih banyak PRK uji kekuatan parti, dalih Muhyiddin mungkin sembunyi rasa takut dengan janji Allah


KALAU Rasulullah sekadar sembahyang tunggang-tebalik siang malam, kekasih Allah itu tidak akan dipenjara, diusir keluar dari kampung halaman hatta diancam bunuh oleh United National Muta'assibin Organization.

Allah S.W.T. merakamkan hal ini di dalam al-Quran, yang bermaksud:

"Dan ingatlah (Wahai Muhammad S.A.W), ketika orang-orang kufur (dan) syirik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadap kamu untuk memenjaramu atau membunuhmu atau mengusirmu (dari kampung halamanmu); mereka menjalankan tipu daya (mereka) namun Allah jualah sebaik-baik mematahkan tipu daya..." [Surah al-Anfal: 30] 

Kalau Rasulullah S.A.W. berdepan dengan tiga konspirasi jahat ini kerana membawa kebenaran, maka, tak hairanlah kalau umatnya yang menentang kezaliman pun berdepan risiko serupa.

Apabila saya kata Anwar berdepan dengan konspirasi sebagaimana yang dihadapi oleh Rasululah S.A.W, jangan pula macai Umno Perkasa putar belit tulisan saya ini dengan mengatakan "Zainulfaqar anggap Anwar Nabi"


Kalau nak fitnah saya juga, elok pakai otak sebelum bercakap, takut dilihat seperti Noh Omar mungkin ingat banjir di Kajang saja...

PENULIS berceramah politik di Permatang Pauh baru-baru ini. |  Foto: Khairul Ishak

Benda ini bukan pagi ini baru saya nak cakap, semasa berceramah sepentas dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seberang Jaya baru-baru ini pun, saya dah kongsi pendapat ini.

Saya dah cakap, "konspirasi jahat Umno nak bawa Anwar ke penjara dan memastikan Karpal Singh hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen akan menjadi 'senjata makan tuan'."

Anwar akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen apabila de fecto leader itu ke penjara, sekaligus, melorongkan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Permatang Pauh.

PRK akan berlaku di Parlimen Bukit Gelugor apabila Karpal Singh sah didenda RM5,000 kononnya mengeluarkan kenyataan menghasut rakyat ke atas Sultan Perak. 

Itu, belum dihitung kawasan-kawasan lain yang turut akan menempuhi PRK, terdekat di DUN Balingian (Sarawak) yang dijadualkan pada 29 Mac depan.

Perlu diingatkan bahawa Permatang Pauh dan Bukit Gelugor adalah kubu kuat Pakatan Rakyat.

Umno Pulau Pinang tahu hakikat itu. Perkasa pun tahu. Putrajaya pun tahu.

Maka, tidak hairanlah bakal Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataannya malam tadi berdalih, "Pakatan akan wujud lebih banyak PRK uji kekuatan parti..." dipetik dari The Malaysian Insider.

"Akan ada lagi pelbagai pilihan raya kecil atas tujuan ingin menguji kekuatan Pakatan Rakyat. Mereka mahu menonjolkan seolah-olah mereka mendapat sokongan yang besar. Apabila ada pilihan raya kecil di situlah mereka akan ada kekuatan.
"Ini akan diwar-warkan ke seluruh dunia. Kononnya BN menjadi parti yang lemah, Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan dalam PRU14," dalih Muhyiddin ketika ceramah kempen bersama penduduk di Flat Taman Kota Cheras di Kajang, malam tadi.

Itu dalih Muhyiddin. Itu bahasa politik. Atau lebih lunak disebut 'bahasa diplomatik.

Takkan Muhyiddin nak berkhilaf dengan tim Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung konspirasi Fitnah Liwat II  dalam nada terbuka dengan berkata, "senjata dah makan tuan, Tun!!!"

Pakai tak dan lah nak duduk atas kerusi empuk perdana menteri selepas Datuk Seri Najib Tun Razak dituntap turun dalam bulan Ogos ini nanti, kata propagandis dari war roon Tun tadi di Brickfield, Kuala Lumpur.

Muhyiddin nampaknya tak dapat menyembunyi rasa takut.

Konspirasi jahat ke atas Anwar dan Karpal yang nyata merugikan seluruh rakyat Malaysia mula disedari sebagai "senjata dah makan tuan"

Benarlah firman Allah bahawa "...namun Allah jualah sebaik-baik mematahkan tipu daya..." [Surah al-Anfal: 30]  

Untuk sembunyi rasa takut itu, Muhyiddin terpaksa berdalih "Pakatan akan wujud lebih banyak PRK uji kekuatan parti..."

No comments:

Post a Comment