29 March 2014

MH370 ini bukan kerja buat dua suspek penumpang haram ini saja?


Menggunakan pemikiran detektif untuk menjejaki kebenaran motif kes MH370, ada dua soalan saya nak tanya di sini. 

Pertama, macam mana begitu mudah suspek pengganas AS (kononnya orang Iran) ini boleh meloloskan diri daripada sistem keselamatan negara?

Kedua, macam mana pengkalan datang boleh begitu tak selamat, sampai hilang identiti dua suspek pengganas AS itu?

Tak mungkin konspirasi luar biasa ini dilakukan oleh dua suspek pengganas AS, melainkan, dibantu oleh lebih banyak pihak yang berkuasa di negara ini sendiri.

Kalau tidak dibantu, mustahil mereka boleh meloloskan diri dengan data berwajib boleh hilang.

Seorang kenalan lama di Purajaya baru menghubungi saya dan menyebut, "inilah kualiti pentadbiran Najib Razak (perdana menteri). Sikap 'tiada apa-apa' dan tiada integriti dan tanggungjawab dari peringkat Menteri hingga peringkat bawah pasti akan terlepas daripada siasatan khas, tindakan disiplin (atau) tatatertib."


Beliau bertanya lagi, "Adakah ia bertambah baik di bawah pentadbiran (Tuan Guru) Hadi Awang?"  

Saya buat-buat mati telefon pintar sebab malas nak layan...

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus