15 February 2014

MPPP didik komuniti perangi denggi


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SUNGAI PINANG - Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) melancarkan fasa pertama perang terhadap pembiakan nyamuk aedes peringkat pulau.

Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Penguatkuasaan dan Pendidikan Awam, Dr. Tan Kim Hooi berkata, sebanyak 5,000 makalah lengkap dengan sampel racun jentik-jentik akan diedar kepada komuniti di kawasan-kawasan sensitif denggi.

"Aspek pendidikan awam ditekankan. Jika tidak cukup 5,000 makalah ini, kita akan cetak lagi kerana kaedah kempen kesedaran akan dilaksanakan sepanjang tahun," ujar beliau petang semalam sebelum operasi pengasapan nyamuk dilancarkan di Blok 28 Taman Sri Pinang, di sini.

Ong Ah Tiong, Lim Boon Beng, A. Kumarsen, Ahmad Azrizal Tahir, Aidi Akbal Mohamed Zainon dan Nur Zarina Zakaria antara Ahli Majlis bagi MPPP yang hadir pada operasi tersebut.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Kampung Maqbul, Firdaus Shahul Hamid.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Lim Siew Khim pula berkata, kempen nilai seumpama ini memerlukan kesabaran dan semangat yang tinggi.

"Kaedah kempen nilai ini sebenarnya mampu mengubah perilaku komuniti supaya lebih agresif memerangi wabak pembunuh denggi, jika semua pihak yang terlibat tidak mudah putus asa dan bersabar," respons Siew Khim.

Melalui kaedah pendidikan awam, beliau berharap, tiada lagi rekod kematian akibat denggi direkodkan pada tahun ini di Pulau Pinang.

Terdahulu, 41,226 kes denggi direkodkan di seluruh negeri dalam tempoh bulan Januari hingga Disember tahun lepas.

Dari jumlah itu, angka kematian direkodkan meningkat 151 peratus atau 88 kematian pada tahun 2013, berbanding 35 kes serupa pada tahun sebelumnya.

Pulau Pinang merupakan antara negeri yang menyaksikan peningkatan kes denggi pada tahun 2013 berbanding tahun sebelumnya, iaitu sebanyak 31 peratus.

Tujuh kes kematian direkodkan pada tahun lepas dan satu kes serupa pada awal tahun ini.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus