15 February 2014

Mengapa isu kad pengenalan palsu Zubair tiada tindakan polis, KDN?


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PERAI - Zubair Saaid mengadu kad pengenalan serta lesen memandunya masing-masing seakan dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada seorang lelaki misteri lain.

Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), M. Satees (gambar kanan) semasa membangkitkan perkara itu pagi tadi berkata, pihak berkuasa langsung tidak bertindak sungguhpun laporan polis telahpun dibuat oleh pengadu pada 12 November tahun lepas lagi.

"Pengadu dapat saman atas satu kesalahan trafik (oleh) lelaki misteri ini di Melaka. Jika kad pengenalan serta lesen memandu yang dipegang oleh lelaki misteri ini palsu, tentu awal-awal lagi pihak berkuasa kesan.

"Kalau di bank, telah lama akuan pencuri identiti Zubair ini dibekukan, tetapi, ini tidak berlaku dalam sistem saya JPN, JPJ dan polis.

"Ini bukan kerja seorang yang biasa, melainkan orang besar dalang projek kad pengenalan palsu ini," ujar beliau di Pusat Khidmat Kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (KADUN) Perai, Prof. P. Ramasamy di sini.

Pengarah Pendidikan Politik DAPsy Pulau Pinang, Shamsher Singh Thind (gambar kiri) turut hadir pada sidang media itu.

Satees berkata, aduan Zubair itu wajar diambil perhatian oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana mirip kes projek kad pengenalan palsu di wilayah bergolak Lahad Datu yang hampir menggoncang keselamatan negara, sebelum ini.

Terdahulu, Zubair menyedari identitinya dicuri apabila menerima saman RM500  atas satu kesalahan trafik di Melaka, yang bukan dilakukannya.

Kenderaan yang dipandu lelaki misteri itu didaftarkan di bawah Syarikat Valley Enterprise Sdn. Bhd., Lot 18, Jalan Makmur 2, Kawasan Perindustrian Bukit Makmur, Sungai Petani, Kedah.

Bagaimanapun, identiti sebenar lelaki misteri itu gagal dijejaki hingga kini, sungguhpun aduan polis (No. Laporan: BEDONG/003998/13) telah dibuat tahun lepas.

Zubair sekarang masih bekerja sebagai Penasihat Pemasaran Proton (Julang Auto Sdn. Bhd.) dekat Taman Chai Leng, di sini.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus