28 February 2014

Macam mana nak perangi ketidaksamaan kalau adik-beradik PM sendiri kangkang projek Universiti?

Pagi-pagi lagi tim perang Tun yang war room-nya di Brickfield KL call.

Dia suruh baca berita di bawah.
Perangi Ketidaksamaan - Utusan Meloya
KUALA LUMPUR 27 Feb. - Kerajaan memberi jaminan akan terus memerangi situasi pendapatan dan peluang kepada rakyat yang tidak saksama dan seimbang bagi membolehkan perpaduan nasional dicapai.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, di sebalik pertumbuhan pendapatan dan ekonomi yang memberangsangkan, negara masih berdepan dengan cabaran terbabit. [sumber]
Datuk itu kata, macam mana nak perangi ketidak samaan kalau adik beradik sendiri kangkang Unitar kaut untung daripada PTPTN anak-anak kita.

Cuba baca pelan-pelan berita penuh di bawah ini, siapa yang dimaksudkan Datuk itu ditujukan pada 'rumah tangga' Najib Razak?



Saya tak terkata apa sebab belakangan ini, Najib Razak terpaksa berdepan dengan serangan dari semua penjuru termasuk tim Tun sendiri. 

Mungkin Tun sendiri tak mahu Najib 'tumbang' kerana takut Umno pun hampir tumbang bersama macam masa Pak Lah melongsoq dulu.

Tun dah tua. Dia pun mungkin tak dapat kawal timnya sebab tua, sekarang. 

Saya pujuk perasaan saya untuk memandang baik Tun.
"Macam mana nak perangi ketidakadilan kalau permohonan Lim Guan Eng untuk tubuh sekolah menengah aliran Tamil pertama negara di Pulau Pinang pun ditolak dek Putrajaya," respons saya kepada Datuk yang menelefon itu.

Info di bawah ini sebagai buah pengabih untuk macai Umno pikiaq mengenai parti depa.


Setuju?



Kalau nak iklan produk dalam bentuk perkataan di blog ini, hanya RM10 sebulan. Call 0194241583.


 

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus