25 February 2014

Dua YB, RAGAS buat persiapan akhir bicara kes usir penduduk Kg. Pmtg. Tok Subuh

BUKIT MERTAJAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon dan Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam) serta beberapa pihak lain mengadakan perbincangan langsung dengan penduduk Kampung Permatang Tok Subuh, sebagai persiapan akhir sebelum pendengaran selanjutnya, esok.

Pengerusi Badan Bertindak Rumah Ganti Rumah (RAGAS), Zolkifly Md. Lazim, Jab Samat (Ketua PKR Cabang Bukit Mertajam), Sdr. Karthik (Jaringan Rakyat Tertindas, JERIT) turut hadir pada majlis ini.

"Kita akan sedaya upaya mempertahankan kepentingan penduduk di sini, termasuk mengfailkan rayuan pada tahap seterusnya.

"Apa yang paling penting adalah komunikasi dari masa ke semasa antara semua pihak di sini," ujar Khai Loon di sini, malam tadi.

Justeru, Khai Loon yang juga Ketua Penerangan AMK Malaysia menasihatkan penduduk berwajib supaya tidak terpengaruh oleh anasir pihak tertentu, sampai menggadai kepentingan penduduk asal kampung ini.

Steven Sim pula berkata, pihaknya akan berusaha sebaik mungkin di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, walaupun undang-undang tanah di negeri ini seakan tidak menyebelah peneroka asal kampung di sini.

"Saya juga akan menulis surat kepada menteri dan membangkitkan isu ini (pada) sidang Dewan Rakyat akan datang," ujar Steven Sim.

Zolkifly dan Steven Sim turut menyumbang RM600 kepada badan bertindak untuk perjuangan kes tersebut.

Sebelum itu, Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Penduduk Kampung Permatang Tok Subuh, Hamidah Che Embi serta lebih 30 anggotanya merakamkan penghargaan atas inisiatif semua pihak terhadap kepentingan mereka.

Difahamkan, pendengaran seterusnya di Mahkamah Sesyen Butterworth esok membabitkan enam penduduk.

Distinct Class selaku tuan tanah khabarnya akan mengfailkan satu lagi kes pengusiran serupa, membabitkan 20 penduduk lain.

Kes kedua ini, khabarnya mula didengar 5 Mac depan.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus