KALAU kita tidak lupa, Tan Sri Khalid Ibrahim pernah mengarahkan Elizabeth Wong mengambil cuti sehingga siasatan SELCAT berhubung penyebaran berapa gambar sulit wakil rakyat tersebut selesai.
Langkah itu demi mengelak konflik kepentingan semua pihak dalam proses siasatan dalaman tersebut.
Oleh kerana Selangor bukan ditadbir oleh PAS, sesetengah pihak menganggap amalan tadbir urus sebegitu bukanlah hisbah, dan masih sekular.
Sedar tidak sedar, di Kelantan yang diperintah oleh PAS pun tidak diamalkan hisbah.
Tiada SELCAT seperti Selangor, atau CAT seperti di Pulau Pinang di bawah pentadbiran Lim Guan Eng (Ketua Menteri merangkap Setiausaha Agung DAP).
Apabila isu beberapa projek di Kelantan dikaitkan dengan peribadi Ariff Fahmi dan Nik Abduh beberapa tahun dahulu, Tok Guru Nik Aziz pun pernah dinasihat supaya menguatkuasa hisbah sebagaimana dituntut dalam Islam.
Ada pihak bertanya saya, tak cukup lagikah dengan kewibawaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar, sebelum ini.
Penarik Beca pernah ulas bab ini dengan menyebut, "tak cukup seseorang itu bersih, melainkan perlu dilihat bersih."
Dalam perbicaraan isu baju besi Khalifah Ali Abu Talib pun, hakim memanggilnya namanya dan dilayan pemimpin itu macam orang kebiasaan yang lain.
Ini kerana, tak cukup peribadi Ali atau Hakim tersebut sahaja dilihat adil, melainkan proses keadilan itu mesti bersama-sama dilihat adil.
Semalam, banyak pihak persoal entri Peribadi Presiden PAS yang disaman, mengapa parti dipergunakan?
Mereka kata, Ustaz Hadi tak bersalah. Yang salah SetPolnya dalam bab menguruskan surat saman plaintif.
Saya anggap ijtihad politik Ustaz Hadi mendekati kesalahan dan tak salah memohon maaf kepada pihak pendakwaan sebab Islam tak ajar pertahan ijtihad yang salah.
Yang saya nak sebut di sebalik erti di atas itu bunyinya begini, "tak cukup seseorang itu adil, melainkan parti Islam pun perlu dilihat adil ikut pedoman Islam."
Apabila bercakap mengenai Islam agama adil dan mesti dilihat keadilannya, teringat satu pada zaman Rasulullah SAW.
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah meminta `Amr ibn al-`As supaya memutuskan hukuman terhadap satu kes berhubung harta.
`Amr berasa serba salah untuk menyatakan pendapat dan memberikan keputusannya memandangkan Baginda ada bersama dalam majlis tersebut.
Melihat keadaan `Amr itu, Baginda pun bersabda, "Wahai `Amr, silakanlah hukumkan perkara ini." `Amr bertanya kepada Rasulullah, "Bolehkah saya berijtihad sedangkan tuan berada di sini?"
Jawab Rasulullah, "Ya, boleh. Jika kamu benar dan segera memberikan keputusan, kamu akan mendapat dua kebaikan tetapi jika kamu tersilap, kamu akan mendapat satu kebaikan."
Saya yakin, kalau amalan sekular boleh mengetepi konflik kepentingan, takkan Islam tak boleh buat lebih baik dari itu.
Salah tak saya cadangkan Ustaz Hadi dan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dicutikan sehingga kes Saman RM2 juta diselesaikan?
Patut Ustaz Hadi dan Samsuri cuti daripada jawatan rasmi PAS demi memulihara imej Islam dan PAS.
Ini kerana, tujuan asal nisbah adalah membersihkan seorang daripada pendakwaan - Al-aslu fi bara'ati zimmah.
Semoga Allah memberi petunjuk kepada saya, Ustaz Hadi, Samsuri, PAS dan semua pembaca entri ini.
Setuju?
No comments:
Post a Comment