BUKIT MERTAJAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi ketawa apabila diminta mengulas mengenai insiden balingan daging babi ke dalam Masjid Qaryah Tok Kun Atas, di sini.
"Penyokong Umno dan Perkasa perlu tanya diri sendiri, mengapa mereka sahaja yang begitu sensitif mengenai insiden ini.
"Mengapa penduduk setempat langsung tidak terpengaruh dengan 'provokasi purba' ini," seloroh Ketua Umum Pakatan Rakyat tersebut kepada wartawan, selepas melawat lokasi kejadian.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh merakamkan tahniah kepada komuniti setempat kerana menolak provokasi yang menguntungkan pembangkang Umno Barisan Nasional sahaja.
Sebelum itu, Anwar mengadakan interaksi dengan komuniti setempat serta mendapatkan membalas mengenai insiden itu daripada wakil AMK Cabang Bukit Mertajam, Mohd. Ikhwan Nasser Mohamad Nasser.
Hadir sama, Lee Khai Loon (Ketua Penerangan AMK Malaysia) dan Dr. Afif Baharudin (Ketua AMK Pulau Pinang).
Dalam perkembangan sama, AJK PAS Pulau Pinang, Zolkifly Md Lazim mendakwa kumpulan yang mendalangi insiden tersebut mungkin disebabkan terpengaruh oleh politik ekstrem Umno dan Perkasa belakangan ini.
No comments:
Post a Comment