28 February 2014

"13 tahun bertahan kerana berkat anak yatim"

ZOLKIFLY Md. Lazim menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada salah seorang anak yatim di sini, semalam. | Foto: arkib Mutiara Infak

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

TASEK GELUGOR - Mutiara Infaq malam tadi meraikan 20 lagi anak yatim di pentas Karnival Riang Ria dekat Masjid Jamek Nyiur Sebatang, Tasek Gelugor.

Penasihat NGO itu, Zolkifly Md. Lazim berkata,  program amal yang diamalkan sejak 13 tahun lepas boleh bertahan sampai sekarang diharap mendapat keberkatan daripada Allah.

"Pada mulut penjaga anak-anak yatim ini ada doa yang tiada hijab di sisi Allah kerana mengambil alih tanggungjawab sebagai ibu bapa.

"Seluruh khazanah kekayaan bumi ini semuanya terpikul atas pundak peniaga-peniaga selagi mereka berniaga dan menyumbang untuk anak-anak yatim ini.

"Dan, pada telapak tangan anak-anak yatim ini ada keberkatan kerana Rasulullah sangat menyayangi anak-anak ini.

"Gabungan tiga elemen ini diharap menjadi sumbu keberkatan di sisi Allah...sampai program ini boleh bertahan selama kira-kira 13 tahun," jelas Zolkifly yang juga Penasihat D'BM Hospital Permatang Pauh.

Zolkifly yang juga Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang turut merakamkan penghargaan kepada semua pengunjung yang menyertai program beli-belah amal tersebut.

Penganjur, CEO Tunas Indah Niaga, Tuan Zaini Abu Hasan dan Ustaz Izham Hashim (Presiden Mutiara Infak) serta Khairul Ishak (wakil tim superbike Intim Bikers) turut hadir pada majlis amal tersebut.


Kalau nak iklan produk dalam bentuk perkataan di blog ini, hanya RM10 sebulan. Call 0194241583.

Hampir sebulan kemarau mungkin mengakibatkan kulit sensitif kian kering dan mengelupas. Baca solusinya di sini.

 

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus