Skip to main content

Tempurung otak Omar retak renggang, kata ayah mangsa serangan anjing liar

Suhail Zolkifly, 14, dan Omar Zolkifly, 11 yang kemalangan sampai parah pada bahagian kepala gara-gara diserang anjing liar di Taman Cermai dekat Permatang Pauh kelmarin mula sedar dari koma.

Ayah dua kanak-kanak berkenaan, Zolkifly Md. Lazim bagaimanapun berkata, tempurung otak Omar mengalami keretakan yang renggang, serta diharap tidak berdepan risiko lumpuh.

"Dua-dua sudah sedar semalam. Suhail nampak semakin ok walaupun luka banyak pada mukanya.

"Tapi, x-ray menunjukkan tempurung otak Omar nampak renggang. Saya syukur dia sedar diri dan harap tak kena apa-apa komplikasi kekal," ujar Zolkifly semasa dihubungi pagi tadi.

Zolkifly berkata, keluarganya merakamkan penghargaan kepada Ahli Majlis MPSP, Amir Md. Ghazali kerana mahu mengetengahkan kes tersebut dalam mesyuarat penuh majlis terdekat ini.

Terdahulu, Setiausaha MPSP, Sr. Rozali Mohamod melahirkan rasa kesal atas insiden yang berlaku serta telah melakukan operasi menangkap anjing liar di lokasi kejadian pada lewat malam tadi.

Manakala, Zolkifly pula sebelum ini memberitahu bahawa beliau akan mendapatkan maklum balas berhubung isu anjing liar di kawasan kediaman daripada beberapa pihak berwajib, termasuk MPSP pada Isnin depan.

Hubungi Zolkifly Md. Lazim 0124810074  untuk mendapatkan maklum balas lanjut.