28 December 2013

Punca GERAKAN malu nak bunuh diri sendiri

Pemuda GERAKAN kata, Kerajaan Pusat macam bunuh diri apabila menyalurkan dana kepada PERKASA.

Tindakan itu, kata Tan Keng Liang, akan menjauhkan rakyat terhadap Barisan Nasional.

Mungkin Keng Liang takut kata, "pengundi Cina akan jauh daripada Gerakan disebabkan Najib Razak salur dana kepada PERKASA."

Kalau Keng Liang kata begitu, nanti khalayak akan tanya, "GERAKAN masih wujudkah setelah mati dalam PRU12 (8 Mac 2008) dan PRU13 (5 Mei 2013)?"

GERAKAN tak perlu berdalih. PERKASA itu Umno. Umno itu adalah PERKASA.

Sekarang, tiada Ah Chong dalam PERKASA kerana PERKASA itu Umno.

Dulu pun, tiada Ah Chong dalam Umno, kerana itu Umno yang dulu jadi PERKASA hari ini.

Dari dulu lagi, GERAKAN dibuli oleh perkauman sempit Umno. Sebab itu, Keng Liang cuba menipu diri kononnya GERAKAN tidak dibuli oleh PERKASA.

Atas sebab perkauman, kaum Cina tidak lagi mengundi GERAKAN hatta tumbang di Pulau Pulang, sejak 2008.

GERAKAN mungkin terasa seperti bunuh diri apabila PERKASA saja yang dapat untung walaupun tidak menyertai BN...

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus