12 December 2013

Penerangan mengenai Sunni digandakan - Exco Agama

GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri akan menggandakan usaha penerangan mengenai pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Sunni) walaupun sudah ada larangan terhadap fahaman Wahabi serta Shiah di negeri berkenaan.

Menurut Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim, Majlis Fatwa Negeri pada 23 Mei 2012 telahpun melarag pembid'ahan Wahabi ke atas amalan-amalan Sunni.

Manakala, larangan fahaman Shiah pula diwartakan pada 16 Januari 1997, jelas Abdul Malik.

"Kita akan membuat majlis penerangan mengenai Ahli Sunnah Wal Jamaah supaya tidak terpengah dengan selain daripadanya," ujar Abdul Malik semasa sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini baru-baru ini.

Abdul Malik berkata, beliau yakin, umat Islam tidak akan terpengaruh dengan fahaman lain sekiranya diberi penerangan yang jelas mengenai keindahan Islam.

Tambah beliau, Kerajaan Negeri turut "tiada rekod mengenai perkembangan dan jumlah pengikut kedua-dua fahaman (Wahabi dan Shiah) ini" sebagai menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, Shariful Azhar Othman.

Difahamkan, tindakan boleh diambil mengikut Enakmen Kesaalahan Jenayah Syariah Tahun 1996 selepas fatwa larangan kedua-dua fahaman itu diwartakaan.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus