09 December 2013

Exco Agama hasrat tubuh Lajnah Saudara Baru di masjid

Proses pelantikan Ahli Jawatankuasa Masjid Titi Papan dekat Georgetown baru-baru ini dipengerusikan sendiri oleh Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim.

Abdul Malik yang juga ADUN Batu Maung berkata, pihaknya bercadang mewujudkan Pengerusi Lajnah Saudara Baru dalam semua jawatankuasa kariah masjid demi menyuburkan gerakan dakwah Islamiah di negeri berkenaan.

Jurucakap NGO dakwah non-muslim yang dikenali sebagai 'I.K.U.T.' atau Infak Kebajikan Ummah Takaful, Nur Azley Stanley turut hadir pada majlis musyawarah tersebut.

Perkembangan terbaru itu sekaligus membayangkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memartabatkan Islam di Pulau Pinang sebagaimana dijamin dalam 3 Perlembagaan Persekutuan.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus