LIM Guan Eng (kiri) bergambar kenang-kenangan dengan pemilik gambar penuh dramatik peristiwa Penang International Triathalon & Duathlon (PgITD) 2013 lepas. |
KETUA Menteri,
Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, Barisan Nasional menjual hampir 35 kali ganda tanah di Pulau Pinang berbanding yang dilakukan oleh pentadbirannya sejak enam tahun lepas.
Kerajaan Negeri era Barisan Nasional menjual kira-kira 3,661 ekar tanah dengan hasil keseluruhan berjumlah RM1.0586 bilion, manakala, Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sekarang menjual 106.1 ekar tanah dengan hasil keseluruhan sebanyak RM1.1102 ekar.
Penjelasan Guan Eng itu sekaligus menolak tuduhan tanpa asas Naib Presiden MCA merangkap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung sebagaimana dilaporkan dalam beberapa akhbar bahasa Cina baru-baru ini.

"Mereka
(Barisan Nasional) menjual tanah (hampir) 36 kali ganda, tetapi kita (Pakatan
Rakyat) dapat lebih untung kerana mengamalkan tender terbuka,” ujar Guan Eng
yang juga Setiausaha Agung DAP Kebangsaan pada tengah hari tadi di Komtar,
George Town.
Exco Belia &
Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng dan Danny Law
Heng Kiang (Exco Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan) turut hadir dalam
sidang media itu.
Berdasar rekod
Kerajaan Negeri, Kerajaan Negeri era Barisan Nasional menjual 980 ekar tanah di
Tanjong Tokong dengan harga RM1 sekaki persegi atau RM42.7 juta; 325 ekar tanah
di Jelutong Expressway (RM20 sekaki
persegi atau RM325 juta); 750 ekar tanah di Batu Kawan (dijual kepada Abad
Naluri) (RM3.24 sekaki persegi atau RM106 juta) dan 1,606 ekar tanah di Butterworth
(dijual kepada Rayson Consortium Sdn. Bhd.) (RM8.40 sekaki persegi atau RM584.9
juta).
Manakala, Kerajaan
Negeri era Pakatan Rakyat pula direkodkan menjual 1.1 ekar tanah di Jalan
Zainal Abidin (dekat Taman Manggis) (RM232 sekaki persegi atau RM10.2 juta) dan
105 ekar tanah di Bayan Mutiara (RM240 sekaki persegi atau RM1.1 bilion)
“Penjualan tanah
semasa Barisan Nasional (menjadi) Kerajaan Negeri (yang menyamai hampir) 36
kali berbanding PR, keseluruhan hasil penjualan lebih sedikit berbanding
PR...ini cukup memalukan,” tegas Guan Eng.
No comments:
Post a Comment