18 December 2013

Azam 2014: Apa kata anak muda Pulau Pinang?


Ambang tahun 2014 akan menyusul tidak lama lagi. Apa khabar dengan azam 2013? Berjaya atau sebaliknya?

Apapun, tiada salahnya kita membina azam baru untuk tahun hadapan. Sekurang-kurangnya, nekad yang baru ini diharap menyegarkan perjalanan hidup kita masing-masing kelak.

Di bawah antara pengkongsian anak muda di Pulau Pinang mengenai azam tahun baru:

“2014 adalah tahun yang paling penting untuk turunkan kos sara hidup rakyat atau turun ke jalan raya untuk protes kenaikan semua barang keperluan rakyat.

“Kerajaan Negeri sendiri walaupun mempunyai kuasa yang terhad di Pulau Pinang, tetapi, perlu melakukan sesuatu supaya rakyat ada pelan alternatif untuk mengurangkan beban kos sara hidup yang tinggi ini,” kata Ong Jing Cheng, 28, aktivis hak asasi manusia.

“Saya ingin menjadi WAHM, iaitu work at home Mom. Kos sara hidup yang tinggi menuntut saya mencari pendatan alternatif dan pendapatan pasif.

“Saya berharap Kerajaan Negeri terus mencari jalan supaya Kerajaan Pusat tidak mengabaikan keperluan rakyat untuk membina lebih banyak rumah mampu milik, kerana keluarga saya sangat memerlukannya,” ujar Siti Hajjar Hassan, 25, surirumah sepenuh masa.

“Saya berharap demokrasi setempat boleh segera dilaksanakan. Pulangkan kuasa rakyat untuk memilik Ahli Majlis (bagi) MPPP (Majlis Perbandaran Pulau Pinang) dan MPSP (Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebagaimana menjadi impian saya dan majoriti rakyat di negeri ini.

“Satu perkara lagi, sistem pengangkutan bas awam wajar diperluaskan jika kesesakan trafik semakin sesak. Rakyat akan pilih pengangkutan awam jika efisyen, lebih baik percuma lah serta boleh bantu mengurangkan kos sara hidup mereka,” ujar Gan Yu Lin, 25, mahasiswa dari Malaysian Youth & Students Democratic Movement (DEMA).


“Saya berharap mutu perkhidmatan saya pada tahun depan lebih baik daripada tahun ini.

“Saya berharap Kerajaan Negeri dapat mengemukakan lebih banyak polisi baru untuk manfaat rakyat. Langkah Kerajaan Negeri mahu mencegah property bubble (gelembung hartanah) wajar dipuji,” ujar Saiful Azwan Abdul Malik, 35, kakitangan kerajaan.

“Polisi gaji minima perlu dilaksanakan secara menyeluruh kerana ini penting untuk hidup rakyat. Pendidikan percuma walaupun gagal dilaksanakan di peringkat pusat, kempen itu perlu dilaksanakan di peringkat negeri ini.


“Isu perumahan mampu milik perlu diambil perhatian kerana rakyat sangat memerlukannya. Elakkan pengusiran paksa ke atas beberapa kawasan peneroka bandar supaya kerajaan negeri terus hidup berjiwa rakyat,” respons R. Karthiges, 33, sukarelawan Jaringan Rakyat Tertindas Pulau Pinang (JERIT).



Hubung saya 0194241583 jika anda berminat untuk buat
advertorial seperti Bangkok Tomyam.

No comments:

Post a Comment