Skip to main content

Permuafakat bincang isu Guru KAFA bayar RM60 ganti cuti

SEBERANG JAYA - Pertubuhan Muafakat Kesejahteraan Rakyat Pulau Pinang (Permuafakat) malam tadi berbincang kes guru kelas agama dan fardhu ain (KAFA) diminta menanggung kos upah ganti mengajar RM60 sehari jika mereka mahu bercuti sakit sekalipun.

Ekoran itu, Presiden Permuafakat, Zulkeply Ishak (kiri) meminta satu tinjauan lapangan dilakukan, sebelum menyerahkan laporan penuh berwajib kepada Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) untuk tindakan susulan.

"Dari beberapa respons yang diterima, guru KAFA macam tiada cuti sakit (MC) kerana mereka diminta membayar (antara) RM30 hingga RM60 untuk upah (mengajar kepada) pengganti bagi setiap hari yang cuti.

"Mereka bukan minta penyakit, tetapi, tiada cuti sakit sungguhpun itu adalah hak tiap-tiap mereka.

"Kami (Permuafakat) difahamkan JAIPP memang menyediakan operasi ikut prosedur (SOP), tetapi, tadbir urus sama ada 'KAFA tulen' atau 'KAFA Integrasi' berbeza-beza.

"Laporan ini nanti diharap membantu pihak berwajib untuk kembali memulihara kebajikan guru-guru KAFA ini," ujar beliau di bilik mesyuarat Masjid Taman Semilang, di sini.

Terdahulu, seorang guru KAFA di Masjid Bagan Lebai Tahir dilaporkan hampir rebah akibat suspek sakit denggi kerana enggan cuti, tetapi, turut dipaksa mengelusrkan duit peribadi untuk menangung kos upah penggantinya mengajar KAFA selama tempoh bercuti.

Info lanjut, hubungi Zulkeply, 013-431 6161.