06 November 2013

'Impian Malaysia' solusi perbezaan cita-cita PAS, DAP

PAS akan terus komited menyertai pilihan raya secara demokratik kerana parti masa depan itu mahu bersama rakyat Malaysia menumbangkan kezaliman Umno pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Komitmen PAS itu mendekati unsur demokrasi yang ditonjolkan oleh Nabi Ibrahim pergi 'hujah lawan hujah' dengan pemerintah yang zalim pada zaman.

"Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan. Ia menjawab: Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan. Nabi Ibrahim berkata lagi: Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah dia dari barat? Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim." [Surah al-Baqarah: 258]

DAP juga menentang kezaliman Umno kerana itu tindakan yang demokratik.

Justeru, peranan PAS dan DAP dalam kerangka demokrasi tanah air wajar saling dihormati.

Ini kerana, orang Islam dan bukan Islam masih mahu menyertai PAS secara demokratik serta mahu DAP serta PKR masing-masing bergerak atas wadah Pakatan Rakyat.

Undi popular yang berpihak pada Pakatan Rakyat adalah testimonial penting bahawa majoriti rakyat menolak tadbir urus Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa mendekati kezaliman serta tidak demokratik.

Apa pun cita-cita PAS, parti masa depan itu perlu dihormati selagimana masih direalisasikan dalam kerangka demokrasi itu sendiri.

Apapun cita-cita DAP, ia juga wajar dihormati seperti cita-cita PAS selagimana masih dalam kerangka demokrasi.

Rasulullah s.a.w pun pernah berdepan perbezaan pendapat dengan bukan Islam pada zamannya.

Rasulullah s.a.w tidak bermusuh dengan perbezaan pendapat. 

Sebaliknya, Rasulullah s.a.w mengurus perbezaan itu agar memberi manfaat kepada rakyat terbanyak dalam negara demokratik moden bernama Madinah al-Munawwarah.

Firman Allah bermaksud:

"Katakanlah (Wahai Muhammad): Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu..." [Surah Ali Iimran: 64] 

Dalam bab akidah Islamiah pun, Al-Quran menuntut kita menguruskan perbezaan kepercayaan. 

Takkan dalam bab perbezaan ideologi politik kepartian, PAS dilarang untuk menguruskan perbezaan cita-cita dengan DAP?

Sebab itu, DAP adalah kawan PAS. Karpal Singh juga wajar dilihat sebagai kawan PAS untuk menumbangkan kezaliman Umno sungguhpun wujud perbezaan pendapat belakangan ini.

Berdasarkan pada petunjuk nas (dalalatun nas) di atas [Surah Ali Iimran: 64], PAS wajar menjemput DAP untuk duduk semaja secara demokratik bagi menjernihkan perbezaan yang didepani belakangan ini.

Carilah ketetapan yang sama di sebalik perbezaan cita-cita antara PAS dan DAP, mungkin di sana 'Impian Malaysia' pula adalah solusinya.


________________
* ZAINULFAQAR YAACOB merupakan fotojurnalis kelahiran Pulau Pinang dan Ahli Seumur Hidup PAS bagi Kawasan Batu Kawan. Beliau boleh diramahi melalui 0194241583 atau zainulfaqary@gmail.com atau faqar.blogspot.com atau @zainulfaqar.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus