17 September 2013

Hari Malaysia bawa masej dakwah Mujahid ke Gereja St. Mark

Mewakili Pas Malaysia, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa meraikan Hari Malaysia 16 September bersama-sama John Kennedy di Gereja St. Mark, Jalan Bagan Luar, semalam.

Di depan lebih 50 hadirin - kebanyakannya penganut Kristian - Mujahid membawa masej dakwah "Impian Malaysia" yang selama ini diperjuangkan oleh Pas.

Blogger terkenal, Anil Netto diramahi untuk majlis peluncuran karya terbaru Mujahid, buku  "Dialog Dengan Gereja, Sebuah Trevelog Kedamaian".

Sebelum itu, dialog toleransi agama itu menerima gangguan daripada Persatuan Muka Buku Pulau Pinang yang dikenali mesra dengan Umno dan "Sdr.Azmi Bagan" (orang kuat Hafiz Nordin).

Namun, berjaya ditangani oleh kira-kira 20 anggota polis di tempat kejadian.

Semoga Pas terus berkongsi Impian Malaysia dengan rakyat terbanyak menerusi politik dakwah sebagaimana yang diketengahkan oleh Mujahid ini.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus