19 August 2013

Fotografi mampu promosi pelancongan Seberang Perai :KM

KETUA MENTERI (tengah) dan Maimunah Mohd. Sharif (kiri sekali) menerima penjelasan mengenai cerita di sebalik lukisan bertajuk 'Teluk Air Tawar' daripada juara, Chin Pue Ling.

KETUA Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, penganjuran Pertandingan Fotografi Seberang Perai 2013 mampu menarik minat ahli-ahli fotografi untuk membantu Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mempromosi lagi keindahan kawasan berkenaan sebagai produk pelancongan negeri.

Beliau berkata demikian pagi tadi semasa merasmikan majlisp penyampaian hadiah kepada pemenang saingan tersebut di Kompleks Ibu Pejabat MPSP dekat Bandar Perda, Bukit Mertajam..

"Begitu penting gambar fotografi sungguhpun kadang-kadang dianggap hiburan, tetapi, hiburan ini boleh menggegarkan dan mengubah sejarah sesuatu negara (mempromosi lagi Seberang Perai sebagai produk pelancongan negeri.

"Dalam negeri yang mempunyai banyak sejarah seperti Pulau Pinang, kalau kita dapat tangkap (gambar) corak hidup yang unik (dan) istimewa penduduk di sini (Seberang Perai), saya berasa ini dengan sendirinya menjadi bahan promosi (pelancongan) untuk Pulau Pinang," ujar Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih.

Yang di-Pertua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif turut berucap pada majlis tersebut yang diadakan serentak dengan Jamuan Hari Terbuka Aidilfitri MPSP.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong, Soon Lip Chee (ADUN Jawi), Sr. Rozali Mohamud (Setiausaha Majis bagi MPSP), Joie Koo (Pengasas Allspire Photography), Jeo Sidek (Pengarah George Town Festival 2013, GTF) dan Ahli-ahli Majlis turut hadir pada keraian itu.

Sebelum itu, Maimunah merakamkan penghargaan kepada Allspire Photography, GTF dan syarikat penerbangan ringan Firefly atas penganjuran pertandingan tersebut.

Beliau berkata, semua gambar yang merakamkan keindahan Pulau Pinang akan diabadikan dalam Coffee Table Book MPSP 2013 sebagai produk pelancongan.

"Saya juga tengah berbincang dengan Penang Heritage Club, bagaimana kita boleh mewujudkan seperti Penang Stories di sini (Seberang Perai).

"Penang Stories ini diwujudkan sebelum penganjuran George Town Festival hingga diiktiraf sebagai George Town Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO (Organisasi Pendidikan, Keilmuan, dan Kebudayaan, PBB).

"Penyenaraian warisan dunia UNESCO satu bangunan (warisan pun boleh), pokok pun boleh, batu-batu pun boleh.

Seperti di Amsterdan (Belanda), gambar bunga tulip yang pelbagai warna (mengikut perubahan musim) pun dijadikan produk pelancongan dan insiatif kita ke arah itu," ujar beliau. 

Chin Pue Ling dengan gambar bertajuk "Teluk Air Tawar" menjuarai pertandingan itu. 

Ooi Chean Sean dengan gambar bertajuk "Pantai Kamloon" dipilih sebagai naib juara, manakala, 

Adzha Mohd. Puaat dengan gambar bertajuk "Kampung Lubuk Meriam" di tempat ketiga. Sebanyak 9 penama lain dipilih menerima saguhati.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus