Skip to main content

Bina astaka makanan sebelum saman peniaga - Kasthuriraani

P. Kasthuriraani (barisan kedua, enam dari kiri) meraikan jamuan malam Hari Terbuka Aidilfitri bersama-sama penduduk kariah Taman Mutiara Tanjung dekat Batu Kawan baru-baru ini.
LAPAN pemilik rumah persendirian dekat beberapa taman sekitar Parlimen Batu Kawan di sini yang menjadikan premis masing-masing sebagai restoran makan menerima saman daripada direktorat penguatkuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) baru-baru ini.

Salah seorangnya, Suhaimi Mohd Yusof (kanan), 38, (0124808991) berkata, beliau terpaksa naik mahkamah dan membayar denda RM500.

"Kalau tidak bayar (saman), saya terpaksa masuk penjara tiga bulan serta-merta," ujar beliau semasa ditemui di Surau At-Tahalli dekat Taman Mutiara Tanjung di sini, lewat petang tadi.

Khairul bin Ishak selaku Pegawai Khas bagi Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Chong Eng turut hadir pada majlis tersebut.

Mangsa mengaku pernah memohon lesen peniagaan daripada pihak berkuasa tatatertib (PBT), namun, gagal diluluskan.

Pun begitu, katanya, PBT mengenakan saman atas kesalahan tidak mempunyai lesen perniagaan.

Pengerusi Jawatankuasa Surau At-Tahalli, Cikgu Mohd.Rashid Abd.Hamid yang ditemui kemudian berkata, kes kesemua peniaga berkenaan telahpun dipanjangkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun, aziz Law Choo Kiang dan P.Kasthuriraani (Ahli Parlimen Batu Kawan).

Kasthuriraani dalam reaksi spontan berkata, pihak berwajib sepatutnya lebih bimbang rasa memandangkan tiada satupun astaka makanan dibina di kawasan-kawasan taman berkenaan.

"Patut prihatin dan pertimbang dengan peniaga terbabit, termasuk mempertimbang cadangan bina astaka makanan di kawasan-kawasan yang dirasakan perlu," ujar beliau.

SLIP saman yang dipertikai.