Skip to main content

Ucapan Mujahid 'aras tanda' Parlimen :Speaker

Ucapan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa tengah hari tadi diiktiraf sebagai 'atas tanda' yang sepatutnya diikuti oleh wakil rakyat yang lain.

"Bagi sesetengah itu, mungkin pedih didengar. Tetapi, Parit Buntar berucap tanpa provokasi.

"Ini lah 'banchmark' yang telah dilakukan oleh Parit Buntar," respons Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pendikar Amin Mulia dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur tadi.

Mujahid mengetengahkan pantun semasa mengemukakan cadangan muwujudkan Akta Perpaduan Nasional, atas alasan "memelihara perpaduan nasional lebih diutamakan daripada menjaga perpaduan Melayu."

Pantun kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong:

Berdiri tinggi janganlah gayat,
Bahasa kasar jangan dipakai,
Bicara patik bicara Rakyat,
Kasih patik jangan dipertikai.

Pantun kepada Ahli Parlimen:

Nafsu amarah terus bergelora,
Matilah sekalian dengan pegang sakti,
YB sekalian harapan negara,
Jangan bicara sesiapa hati.

Pantun untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR):

Duduk bersimpuh datang mengadap,
Datuk jauh datang berbincang,
Anak Melayu penuh beradap,
Kalau ditipu dunia bergoncang.

Sebelum pada itu, Mujahid menerima provokasi daripada Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabuddin Yahya dan Datuk Seri Noh Omar (Ahli Parlimen Tanjong Karang).

Shabudin (Umno) bertanya, adakah tindakan menyertai Blackout505 sebahagian daripada keputusan Syura Pas?

Balas Mujahid, fatwa Dr. Yusof al-Qardhawi antaranya harus bagi rakyat bangkit menentang pemimpin yang zalim serta rasuah.

Noh mempertikai ucapan Mujahid mempertahan tindakan Datuk Husam Musa (Naib Presiden Pas) menyatakan, turun Blackout505 suatu jihad dan matinya dikira syahid berasaskan satu hadith Rasulullah s.a.w.

Noh kemudiannya dipertikai selepas Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin berkata, "dakwaan ke atas Husam belum dibicara di mahkamah."

Speaker Dewan Rakyat dalam reaksi spontan menyebelah Hanipa, lalu, memuji ucapan Mujahid yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Malaysia.