28 June 2013

Choo Kiang Speaker DUN P.Pinang, Maktar Timbalan

PEMAHSYORAN Law Choo Kiang sebagai Speaker DUN Pulau Pinang yang baru menerima perhatian wartawan gambar.  |  Foto: Buletin Mutiara
PEMBUKAAN penggal pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Ke-13 bermula pada 28 Jun lepas.

DUN menerima cadangan Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng untuk memilih ADUN Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun, Law Chong Kiang sebagai Speaker DUN.

Istiadat angkat sumpah kesemua ADUN kemudiannya dilangsungkan di depan Choo Kiang.

DUN turut menerima cadangan Guan Eng untuk melantik ADUN Sungai Bakap, Maktar Shapee sebagai Timbalan Speaker.

Istiadat perbarisan pembukaan bermula pada Selasa depan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dr Abdul Rahman Abbas dan mesyuarat dewan dijadual selesai pada 4 Julai.

Datuk Abdul Halim Hussain merupakan Speaker DUN pada penggal pentadbiran lepas. -END

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus