15 July 2013

Rohingya terima 3,000 pakaian daripada Permuafakat, Anwar sempena Ramadan

ZOLKIPLY Ishak (dua dari kanan) mewakilkan Anwar Ibrahim (bersongkok) untuk menyerahkan sumbangan kemanusiaan kepada wakil MASSA (depan, paling kanan) sambil disaksi oleh Mohd. Rashid Hasnon di Masjid Semilang, Seberang Jaya.  

PRESIDEN Persatuan Permuafakatan Kesejahteraan Insan Pulau Pinang (Permuafakat) menyerah kira-kira 3,000 pakaian baru bernilai RM120,000 kepada pelarian Rohingya di Selatan Thai dan Arakan dekat Myanmar sempena sambutan bulan Ramadan ini.

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menyempurna majlis penyerahan sumbangan kepada Pengerusi Pengerusi MASSA, Mustaffa Mansur yang mengetuai ekspedisi kemanusiaan global berkenaan.

Timbalan Ketua Menteri I, Mohd. Rashid Hasnon turut hadir pada majlis bersejarah itu.

Difahamkan, badan bukan kerajaan (NGO) IMAM, Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) serta Jawatankuasa Kariah Masjid Semilang, Seberang Jaya turut membantu menjayakan program tersebut.

"Ini merupakan antara sumbangan kita untuk sahabat seakidah kita (pelarian Rohingya) sempena Ramadan kali ini," ujar Zolkiply pada Sabtu lepas dalam satu sidang media di Masjid Semilang, Seberang Jaya.

Ditanya mengenai ekspedisi kemanusiaan ke Mesir sebagaimana diuar-uarkan sebelum ini, beliau berkata, Permuafakat masih mengambil pelbagai pertimbangan termasuk senario terbaru mengenai pentadbiran perdana menteri Morsi digulingkan oleh tenteranya.

"Masih banyak pertimbangan dibuat, itu bukan bermakna kita sudah membatalkan ekspidisi kemanusiaan ke Mesir serta menghantar bantuan ke wilayah bergolak Gaza," tegas beliau yang juga bekas Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang.

Sebelum pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sekali lagi menyatakan kecaman terhadap tindakan kudeta tentera terhadap pentadbiran Morsi yang dipilih oleh majoriti rakyat melalui proses demokrasi berpilihan raya.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus