16 July 2013

MPSP anjur Forum Perdana Ehwal Islam

BERITA BERGAMBAR
(DARI KIRI) Mohammad Azki Hafizi Ibrahim, Roslan Che Ros dan Ellias Zakaria berkongsi pentas sebagai panelis dalam Forum Perdana Ehwal Islam MPSP baru-baru ini. | Foto: Buletin Mutiara

MARHABAN YA RAMADHAN... Lebih 200 hadirin menyertai Forum Perdana Ehwal Islam di Kompleks Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dekat Bandar Perda, Bukit Mertajam baru-baru ini sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan atau Marhaban Ya Ramadan.

Forum yang diadakan serentak dengan keraian Hari Majlis ke-39 itu sekaligus menyerlahkan komitmen pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan dalam menganjurkan aktiviti kerohanian sebagai persiapan menempuhi ibadah berpuasa pada bulan tersebut.

Bekas Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ellias Zakaria dan dua pendakwah bebas, Ustaz Roslan Che Ros dan Ustaz Mohammad Azki Hafizi Ibrahim merupakan panelis pada majlis ilmu tersebut.

Hadir sama, Yang Dipertua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif; Rozali Mohamud (Setiausaha MPSP) dan dua Ahli Majlis MPSP lain, iaitu Md. Jamil Abd. Rahman dan Syed Mikael Rizal Aidid.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus