PENGERUSi Penang Gree Council (PGC), Ng Wei Aik
berkata, pemegang kad warga hijau layak mendapat diskaun 10 peratus semasa membeli
tiket masuk ke Taman Tema Escape (Escape) dekat Teluk Bahang.
Justeru, beliau yang juga merakamkan penghargaan kepada Escape atas insiatif terbaru itu.
“Kami (PGC) ingin mengalukan penyertaan Escape
Theme Park sebagai Rakan Hijau yang terbaru untuk Program Warga Hijau Pulau
Pinang,” ujar beliau semasa majlis perasmian Program Warga Hijau Puau Pinang
bersama-sama Escape di sini baru-baru ini.
Pengurus Besar PGC Strategies Sdn. Bhd., Thing Siew Shuen, Sim Choo Kheng
(Pengasas merangkap Ketua Eksekutif Escape)
dan Steve Green (Pengurus taman Escape)
turut hadir pada sidang media tersebut.
Wei Aik yang juga Ahli Parlimen Tanjong berkata, PGC turut merancang untuk
menerbitkan Green Parners Catalogue demi
mempromosi aktiviti kehijauan di negeri berkenaan.
Difahamkan, Escape mula memainkan
peranan memulihara dan memelihara alam sekitar melalui ‘Inisiatif Hijau’ seperti
penjimatan tenaga, penuaian air hujan serta penanaman rumput di bumbung sekitar
taman tema itu.
Permainan aksi lasak (Escape Adventureplay)
untuk kanak-kanak antara yang menarik dalam taman tema tersebut.
Escape mula beroperasi
pada 7 November 2012 dan perasmian pembukaan dilangsungkan pada 8 Disember
tahun sama.
No comments:
Post a Comment