19 July 2013

300 kanak-kanak OKU sertai Larian Keamanan

BERITA BERGAMBAR
KANAK-kanak istemewa mempersembahkan tarian Gangnam Style di sini baru-baru ini. | Foto: BM.
SEBAHAGIAN pemenang bergambar kenang-kenangan bersama Zairil Khir Johari (berdiri, kanan sekali) semasa berlangsungnya Larian Keamanan kali ke-24 baru-baru ini.

KEAMANAN... Lebih 300 kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) antara 2,500 peserta Larian Keamanan kali ke-24 yang dianjurkan secara bersama oleh SCI Malayais dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di Taman Perbandaran dekat George Town baru-baru ini.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkata, itu membuktikan bahawa kanak-kanak istimewa juga peka dengan isu kesihatan dan keamanan sejagat.

“Ini merupakan salah satu platform dan jaringan terbaik bagi mendekatkan golongan masyarakat dan insan-insan istimewa agar sama-sama beriadah, bekerjasama dan melakukan pelbagai aktiviti berfaedah,” ujarnya.

Pengarah penganjuran, A. Athimulan dan Mohamed Akbar Mustapha (Pengarah Rekreasi, Pelancongan dan Perhubungan Antarabangsa MPPP) turut hadir pada acara tersebut.

Pemeriksaan kesihatan secara percuma, cabutan bertuah serta persembahan Gangnam Style oleh kanak-kanak OKU antara program menarik sepanjang temasya larian tersebut.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus